Kanak-kanak lemas dipercayai tergelincir dalam kolam terbiar

Kanak-kanak lemas dipercayai tergelincir dalam kolam terbiar

Kanak-kanak lemas dipercayai tergelincir dalam kolam terbiar
Seorang kanak-kanak lelaki lemas dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Telaga Papan, hari ini. – Foto ihsan pembaca

PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak lelaki lemas selepas dipercayai tergelincir dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Telaga Papan, di sini, hari ini.

Polis menerima laporan pada jam 2.23 petang tadi berhubung insiden itu yang berlaku berhampiran sebuah padang bola.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata terdahulu mangsa berusia 10 tahun itu dikatakan bermain di kawasan terbabit bersama dua rakan.

Beliau berkata, menurut saksi kejadian yang juga rakan mangsa, kanak-kanak itu kemudian memasuki kolam berkenaan tetapi hanya di bahagian cetek, sebelum dipercayai tergelincir.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke kedalaman kira-kira dua meter. Mangsa yang dikatakan tidak pandai berenang, tidak dapat ke tebing lalu lemas,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaizul Rizal berkata, rakan mangsa kemudian mendapatkan pertolongan penduduk kampung dan kanak-kanak itu berjaya dibawa naik dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku, di sini, namun pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Kematian mangsa disahkan akibat lemas (paru-paru dimasuki air),” katanya.

Beliau sekali gus menasihati orang ramai memantau pergerakan anak supaya tidak menghampiri kawasan berbahaya, terutama menjelang musim cuti persekolahan akan datang.

Dua beranak tinggal di rumah mewah terbiar lebih 12 tahun tanpa elektrik dan air

Kanak-kanak lemas dipercayai tergelincir dalam kolam terbiar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker