SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas disambung pagi ini

SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas disambung pagi ini

SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas disambung pagi ini
Anggota bomba membawa mayat seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipercayai mati lemas selepas bermain dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang Jaya, malam tadi. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana di sini disambung semula 8 pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi memaklumkan pencarian akan difokuskan di sekitar kawasan mangsa, Muhammad Riqullah Mohd Shafie, 10, dipercayai terjatuh sehingga ke kawasan tebing Sungai Kemensah.

Petang semalam, seorang kanak-kanak lelaki dikenali Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai hanyut dalam longkang di jalan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata ibu bapa kepada kedua-dua mangsa akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian terhadap kanak-kanak.



Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika dua kanak-kanak itu sedang bermain air di kawasan longkang terbabit sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memerhatikan anak-anak dengan tidak membiarkan mereka bermain tanpa pengawasan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas disambung pagi ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker