Gempa bumi Turkiye: 48 suspek ditahan curi, tipu mangsa

Gempa bumi Turkiye: 48 suspek ditahan curi, tipu mangsa

Gempa bumi Turkiye: 48 suspek ditahan curi, tipu mangsa
SEORANG lelaki yang disyaki pencuri cedera parah selepas dilaporkan dipukul oleh penduduk tempatan dan polis di Hatay di Turkiye.-AFP

ISTANBUL: Pihak berkuasa Turkiye menahan 48 individu selepas disyaki mencuri atau cuba memperdayakan mangsa terkesan akibat gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu.

Memetik laporan media tempatan, kesemua suspek berkenaan ditahan di lapan wilayah berasingan.

Operasi itu merupakan sebahagian siasatan terhadap jenayah tersebut selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Turkiye, Isnin lalu.

Agensi berita Anadolu melaporkan, seramai 42 suspek ditahan di wilayah Hatay manakala enam lagi ditahan selepas cuba menipu mangsa di Gaziantep menerusi panggilan telefon.

Setakat ini, gempa bumi dan gempa susulan membunuh hampir 28,000 orang di Turkiye dan Syria.

Sebelum ini, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan perintah darurat selama tiga bulan di 10 wilayah di tenggara Turkiye yang terjejas dengan bencana itu.

Menurut dekri yang disiarkan dalam warta rasmi kerajaan pada Sabtu, pihak pendakwa raya kini boleh menahan individu dengan tempoh tambahan tiga hari berbanding empat hari sebelum ini, di bawah perintah darurat itu.

Erdogan kelmarin berikrar untuk menangani jenayah berkenaan.

“Kita sudah mengumumkan perintah darurat.

“Ini bermakna bermula sekarang, mana-mana individu yang didapati terlibat dalam kecurian atau culik akan berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa,” katanya ketika lawatan di wilayah terjejas di Diyarbakir. – AFP

Agong optimis pertingkat hubungan Malaysia-Turkiye

Gempa bumi Turkiye: 48 suspek ditahan curi, tipu mangsa

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker