Guru agama cabul 7 kanak-kanak perempuan

Jakarta: Seorang guru agama diberkas polis selepas disyaki melakukan penderaan seksual terhadap tujuh kanak-kanak perempuan di Koang Jaya, daerah Karawaci, Kota Tangerang.

Portal Kompas.com melaporkan Pesuruhjaya Polis Metro Kota Tangerang, Zain Dwi Nugroho berkata, penderaan seksual itu dipercayai berlaku sejak Disember lalu hingga Januari ini.

Zain menjelaskan, kes itu terbongkar apabila polis menerima laporan daripada ibu bapa mangsa pada 15 Januari lalu.



“Dalam laporan itu, ibu bapa mangsa mengaku anak mereka menjadi mangsa penderaan seksual ketika menuntut ilmu agama di rumah guru agama yang dikenali sebagai M itu.

“Berdasarkan hasil siasatan, pada awalnya diketahui ada tiga mangsa guru agama itu, namun kemudian meningkat kepada tujuh orang,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak yang didera secara seksual itu berusia antara lapan hingga 10 tahun.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pelaku mengaku memasukkan tangannya ke dalam skirt dan menyentuh kemaluan mangsa.



“Bukan itu sahaja, pelaku turut meraba dada dan paha mangsa. Bahan bukti yang dirampas ialah pakaian mangsa dan pakaian penjenayah serta hasil pemeriksaan perubatan.

“Kini, pelaku sedang meringkuk di penjara Polis Metro Kota Tangerang. Ketika ini kita sedang meneruskan siasatan selain bantuan tertentu turut diberikan kepada mangsa,” katanya.

Zain berkata, pihaknya sedang meneliti kes itu namun apa yang jelas pelaku melakukan perbuatannya kerana keghairahan nafsu terhadap mangsa.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Pasal 76 D Junto Pasal 81, Pasal 76 E Pasal 82 Undang-Undang Republik Indonesia mengenai perlindungan anak yang diancam dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara 15 tahun.



Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button