Mahathir Istihar Perang Terhadap Mukhriz

Mahathir Istihar Perang Terhadap Mukhriz

Mahathir Istihar Perang Terhadap Mukhriz

Mantan perdana menteri ke 4 dan ke 7, Dr Mahathir, memang dikenali sebagai seorang yang suka bergaduh.

Namakan perdana menteri yang pertama hingga terkini, yang ke sepuluh, tidak ada perdana menteri yang beliau tidak pernah bergaduh.



Kalau pun ada, hanyalah perdana menteri yang ke empat dan yang ke tujuh, iaitu diri beliau sendiri.

Tidak cukup bergaduh dengan perdana menteri, beliau juga bergaduh dengan timbalan beliau sendiri.

Dr Mahathir adalah saru-satunya perdana menteri yang mempunyai empat orang timbalan perdana menteri.

Sewaktu menjadi perdana menteri yang ke empat, Musa Hitam, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim dan juga Abdullah Ahmad Badawi pernah menjadi timbalan beliau.



Keempat-empat mereka ini mempunyai sejarah pergaduhan dengan Dr Mahathir.

Tidak cukup dengan itu, Dr Mahathir juga bergaduh dengan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China.

Kini, Dr Mahathir dilihat seakan mengisytiharkan peperangan ke atas presiden Pejuang, yang merupakan anak beliau sendiri.

Pada Januari 2023, presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir, mengumumkan Pejuang, parti yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir, menarik diri dari gabungan parti dalam Gerakan Tanah Air (GTA).



Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1052041/pejuang-umum-tarik-diri-daripada-gerakan-tanah-air-gta-mukhriz

GTA adalah gabungan parti yang Dr Mahathir sendiri tubuhkan, di mana beliau sendiri menjadi pengerusinya.

Alasan yang diberikan Mukhriz ialah Pejuang perlukan masa untuk memperkukuhkan parti tersebut.



Sebagai respon dari kenyataan yang dibuat oleh Mukhriz, Dr Mahathir pula membuat kenyataan keluar dari parti Pejuang.

Alasan Dr Mahatir pula adalah Pejuang sudah tersasar dari matlamat perjuangan asal parti tersebut.

“Pejuang sudah tolak GTA maknanya Pejuang tolak saya sekali lah”.

“Saya bersama GTA dan Pejuang sejak dahulu (awal penubuhan) lagi,” jelas Dr Mahathir.



Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/pejuang-sudah-tersasar-dr-mahathir/

Pelik juga penulis, belum setahun jagung usia Pejuang dan GTA, sudah tersasar perjuangan mereka.

Bagaimana agaknya keadaan Pejuang dan GTA kalau sudah berdekad ditubuhkan…😂😂😂



 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button