Umum rehat politik, Azmin takut kalah

Oleh – Bakhtiar Omar


Umum rehat politik, Azmin takut kalah

Azmin Ali mengumumkan beliau mengambil keputusan untuk ‘rehat dari politik’, namun pelbagai spekulasi sudah tersebar.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional itu berbuat demikian dengan alasan mahu merancang kembali karier politiknya.

Bagaimanapun, keputusan Azmin itu dilihat sebagai isyarat untuk berundur dari dunia politik memandangkan kini Anwar Ibrahim memegang jawatan Perdana Menteri.



Perlu diingatkan, Azmin merupakan watak utama ‘Langkah Sheraton’ apabila membawa 10 ahli Parlimen PKR keluar dan menyokong Muhyiddin Yassin sekaligus menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan.

Azmin kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kanan di bawah Muhyiddin dan sekali lagi di bawah Ismail Sabri. Beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak bila tewas di tangan Amirudin Shari yang menang dengan majoriti 13,000.

Azmin pernah menggemparkan seluruh negara dengan satu skandal seks sejenis apabila video individu ‘mirip’ beliau tersebar.

Lebih memalukan, pelaku bernama Haziq membuat satu hantaran video mengakui perlakuan sumbang tersebut. Sehingga hari ini, pengakuan Haziq dapat ditonton di dalam siaran Youtube.



Azmin yang juga merupakan ADUN Bukit Antarabangsa dijangkakan tidak akan mempertahankan kerusi tersebut pada PRN akan datang. Beliau kini sudah hilang ‘keberanian’ setelah banyak perkara terbongkar apabila SPRM mula menyiasat skandal Kerajaan Perikatan Nasional.

Ada juga desas-desus menyatakan, Azmin terlalu kecewa selepas kekalahan memalukan beliau di tangan anak didiknya sendiri di Gombak. 

“Kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah rehat seketika dalam karier saya untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Namun, keazaman saya untuk terus berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan terhenti,” katanya di Twitter. – Azmin Ali – 12/2/2023

Masalah dalaman PPBM juga dikatakan menjadi antara faktor Azmin mengambil keputusan berundur diri dari politik. Tidak mustahil beliau akan cuba merujuk kembali Anwar Ibrahim untuk survival politiknya memandangkan pernah berkhidmat selama lebih 2 dekad.

Ibarat ‘terlepas mulut buaya, masuk mulut harimau’, karier politik Azmin semakin kelam selepas meninggalkan PKR. ‘Bintang’ politiknya tidak bersinar seperti ketika berada dalam PKR kerana beliau tidak mempunyai sokongan kuat akar umbi PPBM itu sendiri.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker