Netizen gesa tindakan tegas atas bekas atlet

Kenyataan rasis dan biadap Bong Guang Yik

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Netizen gesa tindakan tegas atas bekas atlet

Kenyataan menyentuh sensitiviti Islam dan Melayu oleh seorang bekas atlet badminton menimbulkan kemarahan dan menjadi topik hangat di media sosial.



Netizen turut mempamerkan kemarahan mereka terhadap kenyataan rasis yang dilemparkan. Walaupun, bekas atlet tersebut memohon maaf, ia sudah terlambat kerana kenyataan itu sendiri menimbulkan perdebatan umum.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara tersebut, namun bagi netizen ia tidak bermakna permohonan maaf tersebut sudah cukup untuk menutup kebiadapan bekas atlit tersebut.

Netizen percaya tindakan biadap bekas atlit itu dilakukan untuk mencari populariti namun demikian tindakan yang lebih keras perlu juga dikenakan terhadapnya.



Lebih-lebih lagi isu pemain hoki negara yang dikenakan tindakan keras kerana komen yang dikatakan berunsur rasis sedang menjadi perdebatan umum.

Satu laporan polis telah dilakukan oleh YB Akmal Saleh terhadap kenyataan biadap Bong Guang Yik malam tadi. Beliau yang mengecam keras kenyataan Bong meluahkan kemarahannya menerusi hantaran di facebook.

 



Menteri Kerajaan Perpaduan perlu lebih tangkas menangani isu tersebut sebelum ia melarat menjadi lebih besar dan merosakkan keharmonian antara kaum dalam negara.

Sebalik semua ini, apa tindakan yang boleh diambil Kerajaan terhadap bekas atlit tersebut jika beliau masih merupakan rakyat Malaysia?

Bekas pemain nombor 1 badminton negara, Datuk Lee Chong Wei turut menyifatkan kenyataan Bong Guang Yik tersebut sebagai tindakan bodoh dan hanya meporak-porandakan keharmonian masyarakat majmuk negara.

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button