Pemilihan – ‘Broker’ pasang proksi untuk kuasai Umno

Oleh – Bakhtiar Omar


Pemilihan ; 'Broker' pasang proksi untuk kuasai Umno

Pemilihan Umno kali ini sangat menarik perhatian sehingga seluruh media baik arus perdana mahupun maya memberi tumpuan. Bagaimanapun, apa yang menarik, ada desas-desus menyatakan ‘Broker’ sudah mula pasang proksi dalam pemilihan untuk kuasai Umno.



Siapa mereka yang digelarkan sebagai ‘Broker’?

Bagi pemerhati politik tidak rasmi, golongan yang digelarkan sebagai ‘Broker’ ini merupakan mereka yang lari dari parti selepas kekalahan pada 2018, mereka yang berdepan dengan tindakan tatatertib parti dan mereka yang melebihkan pihak lawan.

Mereka ini juga berpandangan Umno perlu bekerjasama dengan PPBM dan PAS bagi memastikan survival Umno dalam arus perdana politik. Mereka ini juga antara yang merasai ‘laba’ ketika Perikatan Nasional dan Keluarga Malaysia memerintah.

GANDINGAN TRIO NAJIB, ZAHID, TOK MAT PENGHALANG CITA-CITA ‘BROKER’

Pemilihan ; 'Broker' pasang proksi untuk kuasai Umno



Dek kerana kesedapan ‘dibelai’ dengan banyak manfaat menjurus keuntungan ‘poket’ menyebabkan mereka rambang mata dan berpendapat Presiden,Timbalan Presiden dan Najib Razak adalah penghalang besar cita-cita bagi memastikan Umno ‘sujud’ kepada PPBM dan PAS.

Semua perancangan yang telah dipersetujui secara verbal para ‘Broker’ akhirnya tersentak apabila Umno bertindak tegas terhadap laporan serta tindakan yang dicadangkan Lembaga Disiplin Umno. Apabila semua yang dirancangkan gagal, maka pemilihan Umno menjadi pilihan terakhir para ‘Broker’ untuk kembali menguasai Umno dari luar.

KENALI WAJAH ‘BROKER’ YANG BERUPA DUIT SYILING

Pemilihan ; 'Broker' pasang proksi untuk kuasai Umno

Umno atau lebih tepat, para perwakilan perlu mengenali proksi-proksi ‘Broker’ yang bermuka-muka bagi memenangi pemilihan Umno. Menilai seseorang yang menawarkan diri bagi jawatan tertentu perlu dilihat dari 2018, adakah mereka ini bersama mempertahankan Umno dari tekanan yang telah dikenakan terhadap parti ketika tidak berkuasa.



Adakah mereka ini antara yang menyorok, menghilangkan diri selepas 2018 dan hanya timbul kebelakangan ini serta mendakwa dirinya sahaja yang selama ini bekerja keras demi Umno. Nilai juga apa ‘laba’ yang mereka perolehi ketika Pakatan Harapan memerintah, ketika Perikatan Nasional membentuk kerajaan dan semasa Keluarga Malaysia berkuasa.

Para ‘Broker’ ini mampu hidup serba mewah dalam ketiga-tiga zaman pemerintahan malah terlihat langsung tidak terkesan dengan tekanan yang dihadapi parti ketika bergelut dengan masalah kewangan dan krisis kepercayaan pengundi.

Mereka ini tidak diperlukan Umno dan tidak mustahil mereka akan kembali menjadi antara paling awal meninggalkan parti sekiranya Umno ditimpa masalah.

Tepuk dada, pilih calon setia Umno dan jauhi ‘Broker’.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button