Salah lihat kebangkitan semula Liverpool

LIVERPOOL: Mohamed Salah berkata kemenangan 2-0 Liverpool mengatasi Everton dalam pertembungan tetangga Merseyside awal pagi tadi menunjukkan kebangkitan semula buat skuad Reds.

Salah meledak buat pertama kali dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Krismas ketika skuad kendalian Jurgen Klopp menamatkan empat perlawanan tanpa kemenangan.

Cody Gakpo kemudiannya menjaringkan gol pertamanya buat kelab pada babak kedua.



Malam yang positif buat Liverpool dilengkapkan dengan kembalinya Diogo Jota dan Roberto Firmino daripada kecederaan manakala Virgil van Dijk berada di bangku simpanan enam minggu selepas diketepikan.

“Ia kemenangan besar buat kami,” kata Salah. “Kami ada minggu yang sempurna untuk berlatih dan pemain teruja serta tidak sabar untuk menukar keadaan. Saya harap ia adalah satu permulaan.”

GLASGOW, SCOTLAND – Wednesday, October 12, 2022: Liverpool’s Mohamed Salah celebrates after scoring the fifth goal, completing his hat-trick, during the UEFA Champions League Group A matchday 4 game between Glasgow Rangers FC and Liverpool FC at Ibrox Stadium. (Pic by David Rawcliffe/Propaganda)

Liverpool masih ketinggalan sembilan mata daripada empat kedudukan teratas di kedudukan kesembilan.

Namun jurang dengan pasukan keempat, Newcastle boleh dikurangkan kepada enam mata apabila mereka akan ke St. James’ Park hujung minggu depan.



Pertembungan itu hadir hanya beberapa hari sebelum kunjungan Real Madrid ke Anfield dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara dan Klopp berharap dia akhirnya menemui penyelesaian terhadap sebahagian masalah skuadnya untuk sekali lagi berdepan aksi di Eropah.

“Malam ini kami ada di sana dan ia adalah petanda buat kami apa yang perlu dilakukan,” kata Klopp.

“Persembahan untuk keseluruhan 96 minit adalah yang terbaik ketika ini.”

Rasa optimis Liverpool dapat dilihat ketika berdepan Everton yang hanya menang sekali daripada 12 aksi.



Kemenangan pertama itu hadir hujung minggu lalu pada perlawanan pertama Sean Dyche bersama kelab itu selepas mengalahkan pendahulu liga, Arsenal 1-0 di Goodison Park.

Namun Dyche diberikan kefahaman lebih baik mengenai masalah dihadapinya apabila mewarisi skuad Toffees yang berada di zon penyingkiran.

Bagi pemain Belanda, Gakpo, pertembungan tetangga itu adalah titik perubahan selepas permulaan sukar dihadapinya dalam EPL berikutan perpindahan dari PSV Eindhoven Januari lalu.

“Ia perlawanan yang hebat daripada kami,” kata Gakpo. “Kami amat perlukan kemenangan ini.”



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button