Sudah tukar Empat Perdana Menteri masih tidak mampu dakwa Zeti.

Oleh Adam Malik.

Jika seluruh dunia tidak mempercayai sistem perundangan dan  pengadilan negara , maka rakyat usah pening kepala memikirkan nya.

Satu kes rasuah berskala mega pun Malaysia belum mampu membawa nya kemahkamah.



Setelah negara besar dunia seperti Amerika membicarakan seorang pesalah di mahkamah Brooklyn, dan menyebut berkenaan rasuah bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aziz didalam perbicaraan mahkamah , namun Malaysia masih belum usik lagi Zeti Aziz.

Kemudian , negara yang terkenal efisiensi dalam pentadbiran , ia itu Singapura sudah pun memberi pelbagai maklumat kepada autoriti di Malaysia berkenaan kes yang sama pun Malaysia masih belum mampu menyeret seorang perasuah ke mahkamah.

Bukan itu sahaja, bahkan isu seorang hakim menerima rasuah dan disiasat oleh pihak PDRM dan SPRM pun sistem mahkamah dan pengadilan Malaysia masih gagal memberi jawaban.



Kes rasuah Hakim Nazlan Mohd Ghazali cuba dipolitik kan dari rasuah kepada “Separation of Powers” dan sehingga kini belum lagi ada jawaban terjadap kes rasuah itu.

Sudah tiga bulan diserah kepada budi bicara Hakim Besar Tengku Maimon namun belum ada jawaban “straight forward” Hakim Nazlan ada menerima rasuah atau tidak?

Rasuah nya tidak dibicarakan tetapi ‘teknikaliti’ SPRM boleh siasat atau tidak yang disibuk kan pula.

Dari kes mudah “hakim terima rasuah atau tidak” cuba disukarkan dengan  menjadi isu sama ada pelanggaran ‘separation of powers’ pula.



Berbalik kepada isu Bekas Gabenor Zeti dan kes rasuah nya yang sudah selesai disiasat.

Sehingga kini negara sudah tukar Perdana Menteri sebanyak empat kali.

Dari Mahathir – Muhyiddin- Ismail Sabri – Anwar Ibrahim.

Namun Zeti masih belum diseret ke mahkamah.



Walau pun kesemua Perdana Menteri lantang sebut mahu lawan rasuah , namun rasuah Zeti dan Nazlan masih disitu juga tidak kemana mana.

“Elephant in the room”.

Umpama tukang kebun bertukar ganti , tapi Lalang masih tumbuh lebat dikebun.

Akibat nya semua Perdana Menterei hilang ‘Locus standi” untuk menyebut lawan rasuah.



Persoalan, berapa Perdana Menteri diperlukan untuk dakwa seorang Bekas Gabenor dan seorang Hakim?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button