Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.

Oleh Adam Malik

Berita Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia memanggil Tun Daim Zainuddin untuk memberi kenyataan kepada agensi menjadi berita paling sensasi kepada seluruh rakyat.

Walaupun ramai rakyat percaya kes tidak akan kemana mana atau pun tiada akan ada kemajuan sama seperti kes rasuah Bekas Gabenor Bank Negara , namun sedikit sebanyak ia nya satu berita yang menarik untuk di ikuti.



Beberapa hari yang lalu Perdana Menteri Anwar Ibrahim ada memberi kenyatan berkenaan wang ratusan billion yang berada didalam akaun seorang bekas Menteri Kewangan sebagai dilaporkan oleh media asing.

Maka, apabila Daim dipanggil ke Pejabat SPRM untuk diambil keterangan , ia sudah cukup memberi persepsi bahawa ada sesuatu yang tidak elok telah berlaku kepada kewangan negara sebelum ujud laman sosial media lagi.

Apabila kami melayari platform media sosial dapat dlihat ia menjadi bualan netizen dan ramai teruja dengan perkembangan terbaru ini.



Ramai juga tidak percaya akan ada dakwaan kerana kesukaran mendakwa dan juga mengetahui kelicikan watak watak terbabit.

Salah seorang yang kami sempat lihat memberi kenyataan dan pendapat berkenaan hal ini ada lah saudara Isham Jalil.

Kenyataan beliau ada dibawah ini.



Selain itu rata rata jika dilayari dipelbagai laman, terutama nya dari penyokong Datuk Seri Najib Razak , mereka sangat gembira dan teruja berkemungkinan kerana mahu melepas kan geram kerana mungkin mengesyaki  bahawa Tun Daim dan Tun Mahathir antara watak yang menganaya DSNR.

Apapun pada keseluruhan nya berita Tun Daim dipanggil SPRM dianggap sebagai ‘pembalasan’ oleh penyokong DSNR dan penyokong UMNO yang setia.

Mereka menganggap ia perkara bertepatan dan Tindakan yang sepatut nya.



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button