Akibat Takut kena dakwa, Muhyiddin pesan jangan salah guna kuasa kepada Anwar.

 

Oleh Adam Malik

Penghujahan di dalam dewan Parlimen menjadi bertambah menarik semalam.



Paling menarik apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin memperingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar jangan salah guna kuasa.

Seolah olah memberi nasihat konon konon nya Perdana Menteri jangan menyalahi diri dengan perguna kuasa mendakwa orang itu dan ini terutama nya musuh politik.

Muhyiddin seperti cuba menakut nakut kan Anwar bahawa kuasa bukan kekal dan bila bila masa boleh beralih kuasa.

Tindakan Muhyddin ini boleh difahami kerana orang orang rapat sekeliling nya sedang disoal siasat dan menjurus kepada diri nya kemudian.



Namun, satu perkara harus diingat.

Ketika Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri , amalan amalan seperti yang dipesan kepada Anwar Ibrahim tidak pula diamalkan.

Seperti kata kata Datuk Lokman Adam didalam video siaran langsung nya, yang menyatakan mustahil Muhyiddin tidak mampu membeli cermin untuk melihat diri nya sendiri.



Hal ini , pada menyatakan Ketika menjadi Menteri KDN dan Perdana Menteri kemudian nya, banyak Tindakan zalim dan luar batas kemanusian telah dilakukan oleh Muhyiddin dan Tun Mahathir terhadap musuh politik seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Ahmad Zahid Haimidi serta Rosmah Mansor.

Maka ,  menyatakan kepada Anwar , kuasa bukan selama lama nya dan boleh bertukar boleh lah dianggap sebagai mengugut secara halus.

Ia juga boleh di interpretasi sebagai merayu agar jangan lakukan kezaliman yang pernah dilakukan oleh nya terhadap orang lain kepada diri nya sendiri pula.



Menurut sumber yang kami terima, siasatan banyak sedang berlangsung terhadap banyak skandal dan penyelewengan bersekitar orang orang yang rapat terhadap Muhyiddin termasuk menantu , dan saudara mara Muhyiddin.

Ini kemudian nya untuk mengumpul maklumat bagi membina kes terhadap Muhyiddin pula.

Maka, Muhyiddn harus faham politik dan kifarah nya.

Jika orang seperti DSNR dan DAZH boleh menanggung dan memikul beban digelar Kluster Mahkiamah hasil mainan politik kotor Mahathir dan Muhyiddin sendiri bah kan DSNR sudah pun dipenjarakan , maka Muhyiddin harua sedia perkara yang sama.



Memberi pesan usah salah guna kuasa kepada Anwar mungkin dilihat nasihat holistik, namun jika benar ada kes dan benar ada penyelewengan dan rasuah, nasihat itu sudah tidak lagi ‘applicable’ dan Tindakan mendakwa dan penjarakan pesalah ada lah satu kemestian.

 

 

 



 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button