Angkara Cemburu, Lelaki Tergamak Tikam Kekasih Di Hadapan Anak

Seorang lelaki dari Pattaya, Thailand tergamak menikam kekasihnya di bahagian leher menggunakan gunting angkara cemburu. Lebih menyedihkan dia melakukan perbuatan itu di hadapan anak lelaki mereka.

Hantar mesej kepada lelaki lain

Difahamkan, dia melakukan perbuatan kejam itu gara-gara marah selepas mengetahui teman wanitanya itu menghantar mesej kepada lelaki lain yang berada di daerah Bang Lamung.

Anak lelaki mereka yang berusia 14 tahun bertindak keluar dari bilik selepas melihat kejadian itu sebelum menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

Susulan kejadian itu, pihak polis serta anggota penyelamat bergegas ke rumah pasangan tersebut dan alangkah terkejutnya apabila melihat terdapat kesan tikam di bahagian leher berhampiran telinga kanan mangsa.

Manakala, suspek tidak mengalami kecederaan dan polis mengesyaki berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam selepas menemui kesan darah di lokasi kejadian.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan polis namun mendakwa bahawa dirinya hanya ingin menakutkan teman wanita menggunakan gunting tetapi tertikam wanita tersebut tanpa sengaja semasa bergelut.

Sumber: The Pattaya News

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker