Berang Telefon Dirampas, Anak Serang & Ugut Bapa Dengan Pisau

Gara-gara berang telefon bimbit dirampas oleh bapa, seorang kanak-kanak lelaki bertindak diluar kawalan mengugut bapa kandungnya dengan pisau pemotong daging.

Ugut bapa dengan pisau

Video tersebut telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya terkejut melihat aksi ganas kanak-kanak terbabit. Menurut sumber, si bapa dikatakan melarang anaknya itu bermain permainan video pada telefon bimbit sebelum bertindak merampas peranti terbabit.

Namun siapa sangka, lain pula yang jadinya apabila kanak-kanak terbabit mula mengamuk dan mengacukan pisau ke arah bapanya. Menerusi rakaman pendek tersebut, kedengaran kanak-kanak terbabit menjerit dan meminta bapanya memulangkan semula telefon bimbit tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 10 Februari lalu di wilayah Guangxi. Video tersebut kemudian tular di laman Weibo dan mendapat tontonan lebih tujuh juta kali.



Sumber: Newsnpr

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker