Awie – Saya Ni Gengster, Pukul Isteri

Tak Menyesal Ke Lantik Saya?

Awie – Saya Ni Gengster, Pukul Isteri

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie berkongsi mengenai proses sebelum dia bersetuju untuk menjadi Duta Yayasan Erth Al-Mustafa.

‘Tak menyesal ke lantik saya?’

Awie - Saya Ni Gengster, Pukul Isteri

Menurut Awie, dia telah bertanyakan kepada pihak yayasan berkenaan sama ada mereka tidak menyesal atau tidak memilihnya sebagai duta kerana pernah terpalit dengan kontroversi dan dilabel dengan imej yang buruk.

Pertama sekali, saya tanya kepada pihak penganjur dan yayasan, ‘Tak menyesalkah melantik saya sebagai duta?’. Saya adalah individu yang ada imej buruk sejak 1980-an lagi. Gengster, pukul isteri, semuanya lah. Macam tak ada punca.

Bukan kali ini sahaja, setiap kali saya ditawarkan untuk terbabit sebagai duta untuk program berkaitan agama, saya berterus terang dengan mereka. Saya suruh mereka Google dan lihat, apa kejadian-kejadian yang pernah membabitkan nama saya.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan setiap insiden yang berlaku itu mempunyai sebab dan penjelasannya yang tersendiri.

Tapi, setiap yang berlaku, tentunya ada sebab dan jawapannya hanya ada dengan saya. Saya nak mereka tahu terlebih dahulu sebelum orang lain mempersoal.

Jawapan yang ada di dalam Google pun, tak habis, sebab saya ada simpan sendiri dan tak hebahkan. Saya nak mereka faham, apa sebab setiap insiden itu berlaku.

Setiap orang Islam ada jalan pulang untuk kembali ke laluan yang benar. Ini juga takdir Allah yang tentukan saya untuk bertemu dengan mereka dan diberikan kekuatan supaya tidak berputus asa dengan apa yang saya buat.

Saya nak jadi manusia yang elok dan contoh kepada enam anak-anak saya.

Pernah dilantik Duta Remaja Islam

Awie - Saya Ni Gengster, Pukul Isteri

Difahamkan, sebelum ini vokalis kumpulan Wings itu pernah dilantik sebagai Duta Remaja Islam di Perak, namun akan memulangkan semula sijil terbabit kerana tidak dapat meneruskan komitmen bersama lagi.

Sebelum, ini, saya pernah dilantik menjadi Duta Remaja Islam untuk negeri Perak sejak 2007. Kalau ikutkan, saya kena turut serta dalam acara-acara dan program anjuran mereka.

Namun, ada visi saya yang tak kesampaian. Mereka juga melantik saya tanpa meletakkan sebarang tarikh luput. Jadi, saya rasa, saya akan pulangkan semula sijil perlantikan sebagai duta memandangkan saya pun tak dapat meneruskan komitmen bersama mereka lagi.

 

Rakyat Indonesia maut ditembak gengster di Texas, keluarga bersedih

Awie – Saya Ni Gengster, Pukul Isteri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker