MTAR ilham Wan Rosdy untuk generasi baru
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
MTAR (Maahad Tahfiz Ar-Rushd) merupakan hasil ilham Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang merupakan anak jati Kuala Lipis.
Idea penubuhan MTAR direalisasikan bermula dari hasrat Wan Rosdy yang ingin melihat pendidikan tahfiz secara sistematik dan seiring arus semasa.
Sasaran MTAR adalah untuk menjadi pusat pengajian tahfiz cemerlang menjelang 2030.
Bentuk pengajian di MTAR pula mementingkan kelas Fardu Ain, Akademik KSSM, pembentukan Akhlak, Tahfiz, Tauhid dan Fiqh.
Hasrat Wan Rosdy untuk mewujudkan satu daerah, satu Maahad Tahfiz bermula dari Tanjung Gahai dengan terbinanya MTAR.