Pemandu Grab maut dihempap kereta ketika tukar minyak hitam

Pemandu Grab maut dihempap kereta ketika tukar minyak hitam

Pemandu Grab maut dihempap kereta ketika tukar minyak hitam
LELAKI maut dihempap kereta sendiri di Presint 5, Putrajaya hari ini. – FOTO Ihsan pembaca

PUTRAJAYA: Seorang pemandu Grab maut selepas dihempap kereta miliknya ketika melakukan servis di Blok B, Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Presint 5, di sini hari ini.

Mangsa, Mohammad Azim Mohd Sanusi, 30, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata hasil soal siasat ke atas isteri mangsa menyatakan ketika kejadian suaminya sedang melakukan servis menukar minyak hitam dan menukar brek tayar hadapan sebelah kanan.

Beliau berkata polis menerima laporan pada 11.48 pagi dari orang awam menyatakan seorang lelaki tersepit di bawah kenderaan dan polis tiba di lokasi kejadian pada 12 tengah hari.

Menurutnya, ketika polis tiba mayat mangsa yang berada di bawah bahagian enjin kereta jenis Perodua Bezza sudah dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa dan siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah,” katanya melalui satu kenyataan.

Asmadi berkata, mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Katanya, pihak Forensik Hospital Putrajaya juga telah mengambil ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat dijangka diadakan pagi esok.

“Rakaman percakapan isteri mangsa juga telah diambil dan keluarga mangsa juga telah dihubungi bagi memaklumkan kejadian,” katanya.

2 cedera rumah dihempap pokok tumbang akibat tanah runtuh

Pemandu Grab maut dihempap kereta ketika tukar minyak hitam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker