Budak lelaki maut nahas lima kenderaan
Budak lelaki maut nahas lima kenderaan

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 57.2 Lebuhraya Senai Desaru di Bandar Penawar di sini, petang ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, kemalangan membabitkan 13 mangsa dan terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan Proton Pesona iaitu perempuan dewasa manakala mangsa yang lain keluar sendiri sebelum ketibaan anggota bomba.
Terdahulu, katanya, sepasukan 14 anggota bersama dua jentera fire rescue tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar dan BBP Pasir Gudang digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 4.01 petang.
Katanya, setiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu Proton Pesona, Honda CRZ, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Honda Insight.
“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kesemua mangsa mengalami kecederaan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
“Seorang mangsa maut di tempat kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang maut adalah kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang menaiki Proton Persona manakala dua lagi yang menaiki kereta sama iaitu seorang lelaki dan wanita berusia 30-an, cedera.
Katanya, tujuh daripada 10 individu menaiki kenderaan lain turut cedera.
“Operasi ditamatkan pada jam 5.42 petang,” katanya.
Budak lelaki maut nahas lima kenderaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?
- Perlantikan Tengku Zafrul Sebagai Ahli MKT, Satu Kesilapan Atau Strategi Berkesan?
- Dewan Rakyat mahu tahu apa sudah jadi pada kes rasuah Hakim Nazlan lantikan Mahathir.
- Sah Ismail Sabri tidak pertahan jawatan Naib Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :