Isteriku penjenayah dikehendaki

New Delhi: Selepas mengetahui isterinya menjadi buruan polis di Assam, seorang lelaki di Porbandar, Gujerat, India nekad memohon mahkamah tempatan membatalkan perkahwinannya.

India Times melaporkan, berdasarkan aduan difailkan di pejabat Porbandar SP, Vimal Karia berkenalan dengan isterinya, Rita Das dari Guwahati, Assam melalui aplikasi cari jodoh, Matrimonial.

Vimal kemudian mendapati Rita adalah samseng dikehendaki dan pernah didakwa terbabit melakukan penipuan, kecurian dan pembunuhan.



Menerusi aplikasi berkenaan, Rita menyatakan sudah berpisah dengan suaminya menyebabkan mereka memutuskan untuk mengikat tali pertunangan selepas berbincang.

Vimal meminta Rita untuk mendapatkan surat cerai sebelum mereka berkahwin.

Bagaimanapun, Rita mengelirukannya dengan mendakwa pernah berkahwin sekali sebelum ini dan dia tidak mempunyai sijil perkahwinan.

Vimal mempercayai Rita, dan kedua-duanya berkahwin di Ahmedabad.



Bagaimanapun, Rita meninggalkan rumah selepas hanya enam bulan berkahwin, mendakwa dia perlu mengendalikan urusan tanah di Assam namun tidak kembali.

Selepas pendedahan mengejutkan oleh Vimal, pasukan di Dainik Bhaskar menghubungi Rita dan wanita itu mengaku dia belum berpisah dengan suaminya yang terdahulu, Anil.

“Saya berkahwin dengan Anil pada 2007, dan kes curi kereta didaftarkan pada 2015.

“Saya tidak bercakap dengan Anil sejak itu. Buat masa ini, Anil Chauhan dipenjarakan,” katanya.



Rita bertegas mengatakan dia tiada kaitan dengan kes curi kereta, tetapi hakikatnya dia ditangkap pada 2015 kerana menjadi suspek kes curi kereta BMW dari Dewan Negeri Assam.

Polis Guwahati mendakwa Rita yang mendapatkan pas masuk untuk Anil memasuki premis berkenaan.

Dalam pada itu, Vimal menyemak surat cerai dan mendapati nama isterinya adalah Rekha Chauhan bukan Sharma malah carian Google mendapati wanita berkenaan adalah penjenayah ‘dikehendaki’.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button