Isu Rumahtangga Hafidz – “Nak Perhatian Atau Komplot Buat Drama?”
Peminat Mula Rasa Pelik & Keliru Dengan Roshdi
Isu Rumahtangga Hafidz – “Nak Perhatian Atau Komplot Buat Drama?”
Pergolakan rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri telah menjadi isu sensasi sejak kebelakangan ini. Manakan tidak, kisah orang ketiga menjadi punca dan gelagat aneh Hafidz di laman TikTok menjadi bualan hangat netizen.
Terdahulu, seorang wanita tampil memohon maaf di atas kesalahannya mengganggu rumah tangga pelakon Hafidz dan isteri.
Hafidz sebelum ini telah dikaitkan dengan cerita kecurangan apabila dia dikatakan ‘kantoi’ bermesej lucah bersama seorang wanita.
Namun di saat isu ini menjadi panas, gelagat Hafisz di laman media sosial seolah-olah tiada apa yang berlaku. Terbaru, Hafidz telah memuatnaik sebuah video lipsync menyanyikan lagu Jangan Sakiti Aku dari band terkenal Indonesia, Radja.
@hafidzroshdi Entah la nak #FYP #HafidzRoshdi #BerandaFYP
Aksi Hafidz dalam video tersebut telah mengundang perhatian netizen sehinggakan ada yang menganggap pelakon ini dahagakan perhatian.
‘Lepas tengok beberapa video dia, apa yang saya boleh simpulkan di dahagakan perhatian. Rumahtangga tengah ada masalah pun dia masih boleh tersengih2 kat live. Netizens sudah-sudah lar layan dia. Biar dia mereput sendiri,’- tulis pengguna twitter
“Pada ketika ini, mamat ini jelas dahagakan perhatian. buat live macam tak mandi, buat live walk, buat video lipsync. Tolong henti berikan dia perhatian”- tulis netizen lain.
Tak kurang juga yang berpendapat, Hafidz memerlukan kontroversi sebegini bagi memastikan namanya kembali popular untuk membuka lebih luas tawaran berlakon.
“At this point aku rasa isu dia sekarang ni sebab tiada job. So terpaksa buat kontroversi untuk bagi orang tau dia ni hidup lagi”- tambah netizen.
Terdapat juga netizen yang berpendapat Hafidz dan isteri sengaja mencipta drama ini bagi mencetuskan kontroversi dan meraih perhatian peminat.
“Aku ada 2 pendapat:
1.Kalau betul dia curang, sekarang ni post dia dah mcm dia kena sakit mental.
2.Kalau dia sebenarnyer komplot dengan bini saja buat drama, dorang mmang clout chase x kene tempat, bende cam ni dorang buat gurau. Tapi apa persamaan antara dua2 ni, dua2 tindakan biul”- kata netizen.
Apa-apa pun ini semua sekadar spekulasi peminat. Benar atau salah, hanya tuan badan sahaja yang tahu dan sebagai peminat, kita seharusnya berdoa agar urusan pasangan ini dipermudahkan.
Hafidz yang juga bekas peserta program realiti, Hero Remaja 2011/2012 mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti
Isu Rumahtangga Hafidz – “Nak Perhatian Atau Komplot Buat Drama?”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?
- Perlantikan Tengku Zafrul Sebagai Ahli MKT, Satu Kesilapan Atau Strategi Berkesan?
- Dewan Rakyat mahu tahu apa sudah jadi pada kes rasuah Hakim Nazlan lantikan Mahathir.
- Sah Ismail Sabri tidak pertahan jawatan Naib Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti