Kenyataan Muhyiddin yang mengaibkan diri sendiri.

Oleh Adam Malik.

Agaknya jika kita suka aibkan musuh politik dengan cara kotor , akhir nya Allah akan buka aib kita pula.

Begitu agak nya yang terjadi kepada mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.



Sebaik sahaja selepas pergi ke pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia untuk menjawab hal soalan dan siasatan terhadap skandal pemberian projek bernilai berbillion ringgit Ketika tempoh darurat, Tan Sri Muhyiddn cuba ‘tone down’ isu siasatan dengan menyatakan beliau sekadar hadir sebagai saksi membantu siasatan sahaja dan bukan ‘orang tersangka’.

Namun , Tidak beberapa lama selepas kenyataan Muhyiddin , terus pejabat SPRM mengeluarkan kenyataan membidas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberi maklum kepada umum bahawa TSMY sendiri ada lah seorang ‘suspek’ dan bukan sebagai saksi.

Kenyataan SPRM ini sungguh memalukan dan sangat mengaibkan Muhyiddin sendiri.



Dalam cubaan menafikan kemudian dimalukan dengan penafian dari pejabat SPRM sendiri.

Tindakan ‘desperado’ Muhyiddin cuba menafikan diri sebagai ‘suspek’ memalukan TSMY sendiri dan secara tidak langsung memalukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Apakah mereka akan suruh TSMY undur diri atau meletak kan jawatan untuk melindungi parti Bersatu?



Kami dimaklumkan siasatan perlu masa sedikit untuk membina kes dan sering sekali pendakwaan dimulakan sebaik sahaja peratusan sahih terhadap kes dan pembuktian kes mencecah 75% peluang kemenangan.

Dalam erti kata lain kes mencecah peratusan tinggi dan kuat baru didakwa.

Tidak seperti beberapa kes yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan versi Tun Mahathir dan Tommy Thomas.

Kini, tiada sesiapa memalukan TSMY melainkan diri sendiri dan reputasi sebagi ‘pembohong’ pula yang didapati nya selain reputasi sebagai ‘suspek’ utama kes pula yang dipikul nya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button