Mahu selamat dari pendakwaan dengan menukar kepimpinan UMNO.
Oleh Adam Malik
Baru baru ini , dua kes melibatkan pihak Tun Daim dan Muhyiddin Yassin mengakibatkan kemungkinan mereka akan didakwa.
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipanggil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia untuk memberi keterangan terhadap kes Dana Wibawa dan Tun Daim berkaitan laporan Pandora Papers.
Di percayai banyak lagi kes terkait TSMY yang belum habis siasatan dan masih dalam proses.
Ini bermakna TSMY pasti akan membuat sesuatu terhadap kerajaan sedia ada yang menyiasat nya.
Kenyataan Muhyiddin di Parlimen juga terlihat sebagai memberi ‘hint’ kerajaan selalu tidak selama lama nya juadi kerajaan.
Ia seolah olah memberi amaran secara halus kepada kerajaan sedia ada agar jangan menyiasat nya.
Selain itu , Tun Daim yamg terkait dengan banyak wang diluar negara juga telah di panggil mengadap SPRM.
Maka, akibat kedua hal ini , kedua dua mereka pasti rasa tidak senang dan tidak puas hati.
Tolak ketepi apa yang mereka telah lakukan terhadap Datuk Seri Najib Razak , maka apa yang terjadi kepada dua individu ini sudah pasti akan ada Tindakan untuk mengagalkan dakwaan terhadap mereka.
Tambah lagi TSMY dan Tun Mahathir berkongsi kroni perniagaan yang sama seperti YTL dan Berjaya Group seperti projek HSR dan lain lain,
Ini di tambah Tun Daim pula ada pah ‘sparring partner’ Tun Mahathir sekian lama.
Maka, atas semua sebab ini kesemua mereka pasti tidak senang apabila perkara yang pernah mereka kena kan terhadap DSNR terkena pada diri mereka sendiri.
Sudah tentu lah mencari peluang menghalang mereka terus didakwa dan dikena kan Tindakan pada banyak kes lain.
Lalu, ada pihak berpendapat peluang menghalang diri dari disiasat dan didakwa hanya ada satu sahaja yang paling sesuai, ia itu penukaran kepimpinan UMNO pada pemilihan parti yang akan datang.
Jika dapat menukar hampir majoriti Naib Presiden kepada yang Pro Broker @ Pengkhianat dan juga hampir majoriti ahli MKT maka , ini peluang rampas kuasa dan membuat ‘deal’ dengan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.
Dengan cara mengugut menukar Haluan kepada kerajaan Perikatan Nasional atau Anwar harus gugur semua kes membabit kawan kawan mereka dari parti Bersatu termasuk Muhyiddin Yassin.
Ini juga pasti peluang untuk Tun Mahathir campur tangan memasang proksi dalam pemilihan UMNO untuk menyelamatkan kroni nya Tun Daim dari disiasat.
Menyiasat Tun Daim akan berleretan menyiasat Zeti , bekas Gabenor yang menjaga wang keluar masuk .
Maka, pemilihan UMNO kali ini tersangat penting bagi ahli untuk membuat pilihan yang sangat tepat kerana terbabit kepentingan orang luar.
Selain itu ia juga ‘platform’ orang kena pecat dan kena gantung untuk kembali menyelusup dalam UMNO menggunakan proksi menang untuk membuat usul membawa mereka Kembali dalam UMNO.
Pelik juga, UMNO tetap menjadi parti pilihan mereka walaupun mereka menyatakan UMNO bukan lagi parti pilihan anak muda dan pilihan rakyat pada PRU16.