Muhyiddin Letakkan Kesalahan Kepada Zafrul Tetapi Akui Beliau Yang Cadangkan Nama Kontraktor

Muhyiddin Letakkan Kesalahan Kepada Zafrul Tetapi Akui Beliau Yang Cadangkan Nama Kontraktor

Muhyiddin Letakkan Kesalahan Kepada Zafrul Tetapi Akui Beliau Yang Cadangkan Nama Kontraktor

Dalam kenyataan Muhyiddin Yasin selepas beliau disoal siasat oleh SPRM berkenaan skandal Jana Wibawa, beliau mendakwa sudah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

Muhyiddin juga mengatakan selepas beliau ditunjukkan kesemua 54 senarai kontraktor yang terlibat, beliau menadapati tidak ada satu pun yang beliau kenal.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1065831/saya-tak-kenal-tak-pernah-jumpa-nama-syarikat-pun-saya-tak-tahu

Malah Muhyiddin mendakwa, projek Jana Wibawa itu dicadangkan sendiri oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Zafrul.

Projek Jana Wibawa adalah sejumlah projek yang bernilai RM5.7 bilion yang diberikan kepada kontraktor yang mesra parti politik tertentu.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1066271/projek-jana-wibawa-diberi-runding-terus-terpilih-kepada-kontraktor

Menurut Muhyiddin, Kementerian Kewangan mencadangkan projek tersebut sebagai usaha untuk menyelamatkan kontraktor bumiputera dari gulung tikar selepas pandemik Covid-19.

Muhyiddin juga mendakwa, beliau tidak terlibat, malah langsung tidak tahu mengenai senarai syarikat kontraktor yang diberikan projek tersebut.

Muhyiddin Letakkan Kesalahan Kepada Zafrul Tetapi Akui Beliau Yang Cadangkan Nama Kontraktor

Tetapi dalam masa yang sama, Muhyiddin mengakui, sebagai perdana menteri, beliau bertanggungjawab untuk mencadangkan nama syarikat untuk projek Jana Wibawa.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/salahuddin.hisham/posts/pfbid02ar3aUPszRjitV42Fy2mHqjDa4WQAg1Sv8AazjJoCZAb8V4SUq3XFVT3gdDpMf7ZNl

Bagi penulis, kedengaran sungguh pelik dengan apa yang diparkatakan oleh Muhyiddin.

Bagaimana beliau boleh mengatakan beliau tidak mengenali, malah tidak pernah jumpa 54 kontraktor tesebut.

Tetapi dalam masa yang sama beliau mengakui, beliau yang mencadangkan senarai syarikat tersebut!!!

Walau bagaimanapun, memandangkan kes ini masih dalam siasatan SPRM, penulis tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

Sama-sama kita tunggu sehingga SPRM sendiri yang membuat kenyataan kerana menurut sumber, ada sesuatu yang sangat besar akan berlaku dalam minggu ini.

 

Muhyiddin Letakkan Kesalahan Kepada Zafrul Tetapi Akui Beliau Yang Cadangkan Nama Kontraktor

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker