Team Secret buat penampilan sulung di MPL MY

Kuala Lumpur: Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPL MY) lebih rancak apabila dihangatkan dengan kehadiran pasukan gergasi antarabangsa, Team Secret.

Perkembangan itu diumumkan sendiri, Ketua pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Moontoon, Fikri Rizal Mahrudin yang memberitahu Team Secret selepas pengunduran Orange E-Sports dari MPL MY musim ini.

Menurut beliau, kehadiran Team Secret dijangka bakal meningkatkan nilai liga MPL berdasarkan status memandangkan pasukan itu mempunyai rekod yang cemerlang di peringkat antarabangsa.



“Orange dah keluar daripada MPL Malaysia jadi kami sudah mengadakan beberapa mesyuarat perbincangan dan bersetuju untuk mengisi slot itu kepada Team Secret.

“Kami yakin dengan kehadiran Team Secret mampu untuk menaikkan nilai liga MPL memandangkan mereka ada trek rekod yang baik di peringkat antarabangsa dan lokal.

“Malah dengan kehadiran mereka juga ia bakal menyaksikan persaingan hebat buat pasukan-pasukan lain yang bertanding,” katanya pada sidang media pengenalan MPL MY musim ke-11.



Untuk rekod, selain Team Secret, tujuh pasukan dari musim lalu akan dikekalkan selain penambahan dua pasukan baharu iaitu Yoodo Red Giants dan Madness Esport.

Pada musim lalu, Team Haq menjadi juara MPL apabila berjaya muncul juara selepas mengejutkan juara musim kesembilan Todak 4-2 pada aksi Grand Final.

Dalam pada itu, Fikri menjelaskan pihaknya akan memastikan setiap pasukan yang mengambil pemain import mempunyai Visa untuk beraksi di MPL MY musim ini.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button