Wanita warga emas dikhuatiri hilang ketika mencari lokan

Wanita warga emas dikhuatiri hilang ketika mencari lokan

Wanita warga emas, Jinteh Sudin, 76, dikhuatiri hilang ketika mencari lokan bersama ahli keluarganya di kawasan hutan paya bakau di Kampung Betutai, Tuaran. – Foto NSTP/Ihsan BombaTUARAN: Wanita warga emas dikhuatiri hilang ketika mencari lokan bersama keluarganya di Kampung Betutai di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa dikenali Jinteh Sudin, 76, kali terakhir dilihat di kawasan hutan paya bakau sebelum disedari hilang, kira-kira jam 7 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pada jam 7.23 malam.

Katanya, sepasukan lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Berdasarkan maklumat awal, terdapat seorang wanita warga emas dikhuatiri hilang ketika mencari lokan bersama ahli keluarga.

“Sehingga kini, pasukan bomba masih menjalankan operasi SAR bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung.

Nahas 2 motosikal bukan sebab dikejar polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker