356,000 wanita hamil diselamatkan dari gempa bumi
356,000 wanita hamil diselamatkan dari gempa bumi
ANTAKYA: Selepas dua minggu bencana gempa bumi kuat melanda Turkiye dan Syria, antara mangsa yang berjaya diselamatkan pasukan penyelamat adalah kira-kira 356,000 wanita hamil.
Lapor REUTERS, Agensi Kesihatan Seksual dan Reproduktif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) turut mendapati golongan ini memerlukan akses segera kepada perkhidmatan kesihatan reproduktif.
Kalangan wanita berkenaan termasuk 226,000 orang di Turkiye dan 130,000 orang di Syria.
Kira-kira 38,800 daripadanya akan bersalin pada bulan depan.
Setakat ini, angka kematian di Turkiye meningkat kepada 41,020 orang dan lebih 5,000 orang di Syria.
Kira-kira 385,000 pangsapuri di Turkiye musnah atau rosak teruk manakala ramai dilaporkan masih hilang.
Setakat pagi Isnin, kata jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebanyak 197 trak yang dimuatkan dengan bantuan kemanusiaan PBB memasuki barat laut Syria melalui dua lintasan sempadan dari Turkiye.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan kira-kira 26 juta orang di seluruh Turkiye dan Syria memerlukan bantuan kemanusiaan.
356,000 wanita hamil diselamatkan dari gempa bumi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?
- Perlantikan Tengku Zafrul Sebagai Ahli MKT, Satu Kesilapan Atau Strategi Berkesan?
- Dewan Rakyat mahu tahu apa sudah jadi pada kes rasuah Hakim Nazlan lantikan Mahathir.
- Sah Ismail Sabri tidak pertahan jawatan Naib Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti