Kes Semakan SRC – Terlalu banyak keraguan dan persoalan berbangkit
Semakan terhadap kes SRC Datuk Seri Najib Razak sudah pun bermula semalam.
Penghujahan yang dibuat oleh Peguam Datuk Seri Najib Razak , ia itu Tan Sri Shafie Abdullah sangat bernas dan solid.
Banyak keraguan dan persoalan dapat dibangkit kan oleh pihak pembela pada pembentangan hujah.
Paling menonjol adalah mahkamah sendiri telah melanggari akta perundangan apabila menghalang peguam pembela menarik diri dari mendengar kes.
Hal menghalang Peguam Hisyam Teh menarik diri dari membela telah menakut nakut kan peguam lain juga kerana bakal jadi kejadian contoh dan menjadi ‘precedent’ kepada kes kes lain juga.
Sedang kan ia melanggari hak asasi keadilan.
Hisyam telah gagal memohon untuk menarik diri kerana tidak diberi masa secukup untuk mengkaji butiran kes dan ribuan dokumen.
Mahkamah telah memerintah Hisyam duduk mendengar walaupun dia memohon untuk menarik diri.
Ketika itu DSNR dikira sudah tiada peguam bela.
Hak hak lain Yang sangat asas pun dihalang oleh mahkamah.
Antara nya pembela memohon Queen Counsel untuk mewakili anak guam namun di tolak atas sebab remeh sahaja.
Ia itu ada ribuan peguam lain dalam negara kenapa tidak pilih mereka dan juga peguam Queen Councel tidak faham Bahasa Malaysia.
Tetapi sebalik nya, dalam puluhan ribu peguam hanya mendiang Sri Ram sahaja yang layak menjadi peguam dakwa boleh pula.
Mendiang juga tidak fasih Bahasa Malaysia.
Tambah lagi ada ribuan hakim dalam negara , namun hakim yang sama juga dipilih boleh pula.
Ini lah kepelikan kes yang ramai anggap sebagai kes rekaan dan sudah miliki skrip yang telah siap.
TS Shafie juga membentangkan hujahan berkenaan mahkamah dan Hakim langsung tidak kupas hujah dan bukti pembela.
Ketika menggulung hujah hukuman , hakim hakim langsung tidak dapat mematahkan 94 bukti dari pembela dan terus menjatuh kan hukuman.
Ramai juga terlupa walaupun ada tiga peringkat mahkamah , sebenar nya hanya satu mahkamah sahaja yang membicara kan Najib Razak.
Dua mahkamah setelah mahkamah Nazlan sekadar ‘copy and paste’ sahaja hujah Nazlan tanpa membicarakan bukti baru termasuk Nazlan sendiri ada menerima rasuah dan di siasat oleh SPRM.
Selain itu, maklumat bahawa Zeti Aziz juga ada menerima rasuah tidak dapat dibawa masuk kedalam mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi.
Kecacatan kecacatan pada kes SRC ini terlalu ketara dan menonjol.
Ia tidak dapat di debat diluar mahkamah dan sesiapa pun akan gagal untuk pertahan kan keputusan hakim jika dapat dibawa ke pentas debat tanpa dakwaan “contempt of court’.