Polis tahan lelaki tayang pistol, gari dalam video

Polis tahan lelaki tayang pistol, gari dalam video

Polis tahan lelaki tayang pistol, gari dalam video
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki sedang memegang senjata api dengan kedua belah tangan bergari di dalam sebuah kenderaan. – Video tular

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang dilihat memegang sepucuk pistol dengan dua tangannya bergari dalam sebuah kereta seperti dalam satu rakaman video yang tular, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditahan jam 1.05 pagi Sabtu lalu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan polis berhubung rakaman video kejadian itu yang dimuat naik menerusi akaun Telegram Edisi Siasat, pada jam 6.15 petang Jumaat lalu.



“Rakaman video itu menunjukkan seorang individu sedang memegang senjata api dengan kedua belah tangan bergari di dalam sebuah kenderaan.

“Sehubungan itu, kita membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

“Menerusi tangkapan itu, pihak polis merampas satu telefon bimbit serta seutas jam tangan berjenama.



“Suspek kini direman empat hari mulai 18 Februari lalu hingga 21 Februari ini bagi membantu siasatan,” katanya yang memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pemilik sebenar pistol dan gari berkenaan.

Noor Dellhan berkata, kertas siasatan berhubung kes itu sedang dilengkapkan dan seterusnya dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Terdahulu, menerusi rakaman video yang dimuat naik di Telegram Edisi Siasat itu, disertakan kapsyen mendakwa pistol dan gari berkenaan adalah milik polis dan bagaimana ia boleh berada di tangan orang awam.

 

“Saya kena tipu dah” seloroh Agong gamit keceriaan rakyat

Polis tahan lelaki tayang pistol, gari dalam video

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“Saya kena tipu dah” seloroh Agong gamit keceriaan rakyat

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker