Doktor tinggalkan bilik bedah kerana kecewa tidak diberi secawan teh

Doktor tinggalkan bilik bedah kerana kecewa tidak diberi secawan teh

Doktor tinggalkan bilik bedah kerana kecewa tidak diberi secawan teh
GAMBAR hiasan. FOTO Pexels

New Delhi: Seorang doktor di Nagpur, India bertindak mengikut emosi apabila meninggalkan bilik bedah dengan tiba-tiba kerana kecewa apabila tidak diberi secawan teh.

India Times melaporkan, insiden itu dilaporkan berlaku di pusat kesihatan Mauda Tehsil di Nagpur, pada 3 November lalu.

Ia membuatkan orang ramai marah dan mempersoalkan tahap profesionalisme serta sejauh mana keutamaan komuniti perubatan tempatan.

Berikutan insiden itu, satu siasatan sudah dijalankan bagi mengetahui lebih lanjut punca sebenar.

Ketika kejadian, lapan pesakit wanita dijadualkan menjalani prosedur vasektomi di sebuah hospital kerajaan di kawasan kejiranan Mauda.

Dr Bhalavi yang menjalani pembedahan terhadap empat wanita ketika itu meminta kakitangan hospital menyediakannya teh untuk diminum ketika prosedur berlangsung.

Permintaannya tidak dipenuhi dan ia menyebabkan doktor terbabit meninggalkan bilik bedah.

Sebagai alternatif, pengurusan hospital memanggil doktor lain bagi mengambil alih tugas selepas pesakit melaporkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nagpur Zilla Parishad, Saumya Sharma berkata, satu jawatankuasa dibentuk untuk melakukan siasatan terperinci.

Laporan jawatankuasa akan digunakan untuk mengambil tindakan terhadap doktor terbabit.

Doktor tinggalkan bilik bedah kerana kecewa tidak diberi secawan teh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker