Wan Saiful akan didakwa pagi ini berhubung projek RM5.7 bilion Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Puluhan pengamal media mula berkumpul di lobi kompleks mahkamah di sini, pagi ini, bagi membuat liputan kes pendakwaan berhubung projek Jana Wibawa yang dijangka dihadapi Ketua Penerangan BERSATU yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, Adam Radlan Adam Muhammad.

Setakat ini, tiada kelihatan kelibat penyokong BERSATU, namun kawalan keselamatan dipertingkatkan di lobi mahkamah sebagai kesiapsiagaan untuk mengelak sebarang kekecohan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata Kementerian Kewangan (MoF) mengarahkan pelaksanaan projek Jana Wibawa ditangguhkan untuk meneliti semula sama ada tatacara perolehannya mengikut peraturan ditetapkan oleh perbendaharaan.



Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dipetik berkata, penangguhan projek bernilai RM5.7 bilion itu dibuat kerana terdapat unsur kaedah perolehan secara tender terpilih atau runding terus.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button