Akta kawalan tembakau dijangka kuat kuasa tahun depan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan pembentangan semula Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam masa terdekat bagi membolehkan penguatkuasaan dimulakan tahun depan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata KKM membuat penelitian semula dan akan meneruskan pembentangan semula RUU dengan pindaan dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas melalui Penyata yang disiarkan pada 5 Oktober lalu.

Beliau berkata pembentangan RUU tertangguh akibat pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

“RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 digubal dan dibuat bacaan pertama dan bacaan kedua pada Sidang Dewan Rakyat Keempat Belas, Penggal Kelima, Mesyuarat Ketiga pada Ogos 2022.



“RUU itu dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk penelitian lanjut,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Wong Chen (PH-Subang) meminta Menteri Kesihatan menyatakan garis masa kementerian untuk menggubal RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) berhubung situasi perkhidmatan ambulans KKM, Dr Zaliha berkata berdasarkan pemantauan dari 2016 hingga 2022, pencapaian kebangsaan kualiti perkhidmatan ini adalah antara 28 peratus hingga 42 peratus.

Bagi mengatasi isu ini juga, KKM membuat permohonan penggantian dan penambahan jumlah ambulans untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan rawatan prahospital dan ambulans di seluruh negara.



“Setakat ini, pihak kementerian sedang menunggu pembekalan sebanyak 590 unit ambulans daripada syarikat pembekal,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker