Resepi Biskut Kelapa Rangup

Resepi Biskut Kelapa Rangup
Resepi Biskut Kelapa Rangup

 

Resepi biskut kelapa yang berperisa pandan terbaik jika dihidangkan di hari raya. Sebagai peminat biskut kelapa saya akui biskut ini memang sedap dan sangat rangup. Keharuman dari pati pandan menambahkan lagi keistimewaan biskut ini. Bahan-bahan adalah mudah, bahan kebiasaan yang boleh didapati di kedai barangan bakery. Untuk hiasan anda boleh memilih untuk meletakkan ceri atau ‘drizzle’ dengan cairan coklat.

 

Bahan-bahan:

 

  • 250 gram mentega
  • 80 gram (2/3 cawan) tepung jagung, diayak
  • 250 gram (2 cawan) tepung naik sendiri, diayak
  • 120 gram (kurang sedikit 2/3 cawan) gula kastor
  • 2 biji telur kuning
  • 2 sudu teh pandan paste
  • 1/2 sudu teh esen pandan
  • 80 gram (1 cawan) kelapa kering, kisar halus
  • Kelapa kasar untuk hiasan
  • Telur putih untuk hiasan
  • Ceri merah untuk hiasan (optional)
  • Coklat cair untuk hiasan (optional)

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati, cukup sehingga mentega bertukar menjadi kuning pucat.
  2. Masukkan kuning telur, esen pandan, pandan paste, dan pewarna hijau. Putar sehingga sebati. Jika anda menggunakan mixer, pastikan mengacau di bahagian bawah mangkuk mixer dengan spatula supaya adunan betul-betul sebati.
  3. Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
  4. Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik, tetapi jangan terlebih tepung.
  5. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
  6. Canai doh dan terap mengikut acuan pilihan anda. Sapu bahagian atas dengan telur putih dan taburkan dengan kelapa kering. Boleh juga ditelangkupkan bahagian atas biskut di dalam bekas yang ditaburi kelapa kering. Hiaskan dengan ceri (jika suka).
  7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.

 

Tip:

 

  • Jika anda ingin hiaskan dengan cairan coklat, biskut hendaklah dibakar dan disejukkan terlebih dahulu. Coklat perlu dicairkan dengan menggunakan kaedah double boiler. Masukkan coklat cair dalam piping bag dan potong muncung beg sedikit sahaja.

 

Harga biskut raya naik

Resepi Biskut Kelapa Rangup


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker