‘Misi Napoli belum selesai’ – Spalletti

Frankfurt: Jurulatih Napoli, Luciano Spalletti memberi amaran musuh terbesar pasukannya ialah ‘memikirkan ia sudah selesai’ selepas melakar kemenangan 2-0 pada aksi 16 terakhir, awal pagi tadi di Eintracht Frankfurt yang beraksi dengan 10 pemain.

Napoli memenangi perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara pertama mereka di tempat lawan hasil jaringan Victor Osimhen dan Giovanni Di Lorenzo masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua.

“Ia adalah perlawanan yang sengit di mana kami mahukan kemenangan. Kami perlu kekal tenang.

“Masih ada perlawanan kedua. Musuh terbesar kami ialah memikirkan ia sudah selesai,” kata Spalletti kepada Sky Sports sebelum perlawanan timbal balik 15 Mac ini.



Napoli kini mendahului 15 mata di puncak carta Serie A dan dilihat mampu merangkul gelaran pertama mereka dalam tempoh lebih 30 tahun.

Penyerang Mexico, Hirving Lozano, yang dinamakan pemain terbaik oleh UEFA, memberitahu Sky Sport: “Kami perlu terus bekerja keras untuk meneruskan prestasi seperti ini. Kami perlu fokus perlawanan demi perlawanan.

“Kami bermain dengan sangat baik menentang pasukan yang kuat. Ia sukar pada mulanya tetapi kami dapat mempamerkan permainan yang hebat.”

Frankfurt, yang beraksi pada musim sulung di Liga Juara-Juara, terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas 58 minit apabila penyerang Perancis, Randal Kolo Muani memijak kaki pemain tengah Napoli, Frank Anguissa.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker