Penyokong Bakal Kluster Mahkamah Fitnah SPRM Cuba Rasuah Wan Saiful

Penyokong Bakal Kluster Mahkamah Fitnah SPRM Cuba Rasuah Wan Saiful

SPRM difitnah kononnya menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful Wan Jan sebagai pertukaran untuk menganiayai presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki individu, yang mendakwa dirinya penyelidik bebas untuk Wan Saiful, yang membuat fitnah itu melalui klip video 44 saat di dalam TikTok.

“Manusia beginilah yang merosakkan kepercayaan masyarakat kepada SPRM”.

“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu terbabit kerana memfitnah,” tegas Azam Baki.

Penulis percaya, individu tersebut merupakan sama ada netizen yang dibayar atau pun penyokong tegar bakal kluster mahkamah.

Namun penulis yakin, fitnah murahan sebegitu tidak mungkin dapat diterima oleh rakyat sebegitu sahaja.

Tidak ada sebab mengapa SPRM perlu merasuah Wan Saiful untuk membuat pemdakwaan ke atas Muhyiddin Yasin.

Namun mungkin bagi mereka, fitnah sebegitu akan dapat mempengaruhi fikiran rakyat.

Ibarat orang yang sedang lemas, tahi pun akan disangka pelampung.

Malah kini, Wan Saiful sudah pun didakwa di mahkamah dan SPRM sudah mengesahkan bahawa Muhyiddin merupakan salah seorang dari suspek siasatan skandal Jana Wibawa.

Dari maklumat yang penulis terima, SPRM kini hanya menunggu keterangan dari Tengku Zafrul untuk melengkapkan sepenuhnya siasatan tersebut.

Apabila siasatan sepenuhnya disiapkan, akan lebih ramai lagi bakal kluster mahkamah akan menghadapi pertuduhan.

 

Penyokong Bakal Kluster Mahkamah Fitnah SPRM Cuba Rasuah Wan Saiful

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker