Resepi Soto Ayam Istimewa

Resepi Soto Ayam Istimewa
Resepi Soto Ayam Istimewa

 

Resepi Soto Ayam Istimewa, memang sangat istimewa kerana pembantu rumah Che Nom dari Medan yang bagi resepi ni. Sebelum masak Che Nom tanya dulu bahan-bahan dan cara-caranya. Bukannya susah sangat cuma memerlukan masa yang agak panjang untuk disediakan. Ternyata sedap dan memang tak jemu dimakan.

Kalau time raya atau open house boleh la nak hidangkan Soto Ayam untuk tetamu. Soto Ayam harus dipadankan bersama Begedil (resipi di sini). Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah resipi… InsyaAllah Che Nom akan jawab. Cuba lah ya! 🙂

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan untuk rempah tumis kuah soto:
    • 3 biji bunga lawang
    • 2 batang kayu manis
    • 4 kuntum cengkih
    • 6 biji buah pelaga
    • 1 sudu besar jintan manis
    • 1 sudu besar jintan putih
    • 1 sudu besar serbuk lada putih atau lada sulah
  • Bahan untuk dikisar halus:
    • 5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 3 batang serai
    • 1 inci halia
    • 1 ketul kunyit hidup
  • Bahan untuk kuah :
    • 1/2 senduk minyak masak
    • 1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
    • 1 mangkuk santan pekat
    • 1 jug air
  • Bahan untuk dihidangkan soto ayam:
    • 3-4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar
    • 500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar
    • bawang goreng
    • suhun, goreng hingga garing
    • isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
    • daun sup, hiris kecil
    • daun bawang, hiris kecil
    • cili merah, hiris nipis
    • kacang tanah, goreng dalam minyak
    • begedil
  • Bahan untuk kuah kicap bercili
    • 1 mangkuk kecil kicap manis
    • 10-15 biji cili padi
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 biji limau kasturi

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
  2. Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika. Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
  5. Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya. Soto harus dimakan bersama cili kicap.
  6. Cara untuk cili kicap:
    1. Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat.
    2. Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus.
    3. Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.

Soto Ayam Bersama Bergedil

Resepi Soto Ayam Istimewa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Skandal Jana Wibawa: Rupanya Lian Tan Chuan Adalah Kluster Kontraktor Bumiputera

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker