Kakitangan mahkamah antara ditahan bantu siasatan kes rasuah

Kakitangan mahkamah antara ditahan bantu siasatan kes rasuah

Kakitangan mahkamah antara ditahan bantu siasatan kes rasuah

TAWAU: Dua individu termasuk seorang kakitangan Mahkamah Syariah di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah.

Menurut sumber, kedua-dua suspek wanita masing-masing berumur 38 dan 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Tawau di sini, ketika hadir memberi keterangan pada jam 5.30 petang tadi.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kedua-dua suspek kini ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM400 daripada orang awam bagi memproses perintah mahkamah.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Lima kakitangan hospital ditahan SPRM

Kakitangan mahkamah antara ditahan bantu siasatan kes rasuah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker