Arif Aiman disamakan dengan Saka

Arif Aiman disamakan dengan Saka

Arif Aiman disamakan dengan Saka
Pemain JDT, Arif Aiman meraikan jaringannya ketika aksi separuh akhir Piala FA menentang Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

KUALA LUMPUR: Dalam kamus bola sepak, ada istilah ‘generational talent’ yang digunakan untuk menggambarkan pemain yang begitu elit, berkualiti dan hanya ‘lahir’ beberapa kali dalam satu generasi.

Bagi konteks bola sepak Malaysia, bintang muda yang semakin menunjukkan ‘belangnya’, Arif Aiman Hanapi boleh dianggap sebagai ‘generational talent’ dengan pemain itu benar-benar berada pada kemuncak prestasinya ketika ini.

Tidak cukup dengan lima gol bersama skuad Harimau Malaya, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ‘mengganas’ apabila meledak hatrik dalam separuh masa pertama untuk membantu pasukannya menang 4-0 ke atas Selangor FC (SFC) pada separuh akhir Piala FA 2023, semalam.



Tiga jaringan dihasilkan itu dilihat memiliki pelbagai elemen yang terus membuktikan betapa pemain ini bukan biasa-biasa – pemain muda dengan permainan bola sepak yang sudah matang.

Dia memperagakan ketenangan di depan gol untuk jaringan pertamanya sebelum berani melakukan percubaan jauh untuk gol keduanya yang menunjukkan betapa dia begitu klinikal untuk meraih dua gol hanya menerusi dua percubaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




Kemahiran teknikal dan ‘IQ bola sepaknya’ terserlah menerusi gol ketiga apabila hanya dengan sedikit ‘acahan’, dia melepasi kawalan benteng SFC sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-37.

Arif Aiman disamakan dengan Saka
Bukayo Saka.

‘Cakap-cakap’ di media sosial menyamakan Arif Aiman dengan Bukayo Saka khususnya menerusi aspek bagaimana pemain itu terus berkembang dan ‘meletup’ bersama kelab dan pasukan kebangsaan.

Benar agak keterlaluan kerana jurang yang amat jauh antara Arsenal dan JDT serta ranking Malaysia dan England namun apakah isi tersirat di sebalik perkembangan Arif Aiman?

Ini membuktikan pemain muda boleh berkembang dengan pesat dalam ‘suasana’ yang tepat meskipun dengan kehadiran pemain import dan pemain berdarah kacukan dalam pasukan JDT.



Kepercayaan diberikan barisan kejurulatihan dibalas dengan aksi yang memukau daripada Arif Aiman sekali gus membolehkan dia terus ‘lekat’ dalam kesebelasan utama dan tidak ‘lemas’ dalam ‘lautan persaingan’ dalam pasukan terbabit.

Kredit juga harus diberikan kepada JDT kerana memberi ruang secukupnya untuk pemain itu terus ‘membesar’ – jika tidak kerana JDT, kita tidak dapat menyaksikan Arif yang ‘menari-nari’ di atas padang.

Dahsyat juga apabila memikirkan pemain ini baru berusia 21 tahun dan dia masih memiliki karier yang panjang sekurang-kurangnya untuk sedekad lagi.

Mungkin terlalu awal tetapi sekiranya dia mampu untuk terus berkembang lebih jauh, tidak mustahil dia mampu meninggalkan legasi setaraf dengan legenda, Allahyarham Mokhtar Dahari, ataupun lebih baik lagi, siapa tahu?



Arif Aiman disamakan dengan Saka



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button