Qabil Ambak tidak kesal tiada ‘kaps’ Olimpik

Qabil Ambak tidak kesal tiada ‘kaps’ Olimpik

Qabil Ambak tidak kesal tiada ‘kaps’ Olimpik
QABIL AMBAK disambut meriah atas kejayaannya meraih pingat emas Sukan Asia Hangzhou di KLIA hari ini. – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

SEPANG – Bintang ekuestrian negara, Muhammad Qabil Ambak Mahamad Fathil memberi bayangan sedia bersara selepas berjaya merealisasikan impian sepanjang 28 tahun bergiat aktif dalam sukan berkenaan.

Ia menerusi kejayaan Qabil Ambak, 43, memenangi pingat emas Sukan Asia Hangzhou dalam acara dressage individu bersama kudanya, Rosenstolz sekali gus menamatkan penantiannya dalam lima penampilan terdahulu di temasya berkenaan.

“Saya sudah 28 tahun mewakili negara, enam Sukan Asia dan akhirnya tercapai emas selepas lama menanti. Terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga dari segi bantuan sokongan serta dorongan tak kira wang ringgit untuk beri yang terbaik.



“Jika saya mampu, ada sokongan, kalau ada kekuatan berjuang saya akan teruskan. Umur juga sudah meningkat, ada keluarga dan banyak komitmen serta tanggungjawab, jadi ia (persaraan) dalam pertimbangan,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Qabil Ambak tidak kesal tiada ‘kaps’ Olimpik
QABIL AMBAK bersama ahli keluarganya selepas tiba daripada Sukan Asia Hangzhou di KLIA hari ini. – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Dalam masa sama, Qabil Ambak juga langsung tidak menyesali tiada penampilan Sukan Olimpik dalam kariernya selepas memilih ‘mengorbankan’ peringkat kelayakan ke Paris 2024 yang sedang berlangsung sehingga hujung Disember depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?


Jaguh dari Kuala Lumpur itu menjelaskan, dia perlu mengeluarkan kos yang lebih besar berbanding Sukan Asia jika mahu menyertai kelayakan tersebut.

“Saya dalam senarai simpanan semasa Olimpik Tokyo 2020 tetapi diberitahu agak lewat, jadi saya ambil keputusan tidak menyertainya. Kali ini saya merasakan peluang di Sukan Asia lebih cerah berbanding kelayakan Olimpik.



“Kosnya lebih besar dan perlu mencari kuda lagi. Jadi saya buat keputusan untuk hanya fokus kepada Sukan Asia. Saya lepaskan Olimpik kerana tahu sukar dan banyak kos diperlukan.

“Dulu saya seorang okay tetapi sekarang ada keluarga. Untuk diri sendiri, saya dah capai sebanyak yang boleh untuk negara. Saya tiada perancangan kerana misi saya tahun ini iaitu Sukan Asia sudah tercapai,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Qabil Ambak tidak kesal tiada ‘kaps’ Olimpik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker