Ronaldo teruja rai Hari Penubuhan Arab Saudi

RIYADH: Cristiano Ronaldo meraikan Hari Penubuhan Arab Saudi bersama rakan-rakan sepasukan Al-Nassr dengan memakai pakaian tradisi negara itu.

Bintang Portugal meraikan hari istimewa buat Arab Saudi sempena penubuhan negeri pertama di negara itu tiga abad lalu dengan menari sambil membawa pedang.

Penyerang 38 tahun itu dilihat semakin selesa di Liga Pro Saudi sejak disingkirkan oleh Manchester United ketika saingan Piala Dunia tahun lalu.

Walaupun gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan pertamanya bersam Al-Nassr, Ronaldo kini sudah mengumpul lima gol liga, termasuk empat gol ketika menentang Al-Wehda untuk melepasi angka 500 gol dalam karier kelabnya.



“Selamat Hari Penubuhan buat Arab Saudi. Pengalaman yang istimewa dapat meraikannya di Al-Nassr,” kata pemenang lima kali Ballon d’Or itu.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker