Keane anggap cara Maguire rai gol memalukan

Keane anggap cara Maguire rai gol memalukan
Harry Maguire meraikan jaringan dengan meletakkan tangan di telinga ketika aksi England bertemu Albania dalam saingan kelayakan Piala Dunia Kumpulan I di Stadium Wembley, London. England menang 5-0. – Foto AFP

Keane anggap cara Maguire rai gol memalukan

LONDON: Roy Keane menyifatkan cara Harry Maguire meraikan golnya sebagai ‘memalukan’ selepas pertahanan Manchester United itu membuka jaringan buat England ketika menentang Albania.

Pertahanan yang berdepan prestasi hambar itu menanduk masuk jaringan pertama selepas sembilan minit pada aksi yang berakhir dengan keputusan 5-0.

Maguire meraikan jaringannya dengan meletakkan tangannya di telinga, mungkin untuk membalas kritikan yang dilemparkan kepadanya susulan prestasi buruk bersama United pada musim ini.

“Dia meletakkan tangan di telinganya. Ibarat mahu menutup mulut pengkritik tetapi saya fikir ia memalukan,” kata Keane pada rehat separuh masa di ITV.

“Dia mencemarkan nama baik United beberapa bulan ini. Dia berfikir dia menjaringkan gol dan dia boleh memadam kritikan. Memalukan.”

Namun selepas perlawanan, Maguire menegaskan dia bukannya mahu menutup mulut pengkritik dengan keraian itu dan dia sudah menjangka akan menerima kritikan sebagai kapten United.

“Bukan, ia tidak ditujukan kepada sesiapa. Memang saya meletakkan tangan di telinga tetapi tidak,” katanya.

“Saya adalah kapten United, sudah tentu saya akan dikritik apabila pasukan tidak beraksi dengan baik. Saya sendiri jangkakan perkara itu. Tetapi ia tidak ditujukan kepada sesiapa pun,” katanya.

– AGENSI

Keane anggap cara Maguire rai gol memalukan


 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker