Di Maria ledak hatrik pacu kemenangan Juve

Nantes, Perancis: Angel Di Maria menjaringkan hatrik untuk membantu Juventus menang 3-0 ke atas Nantes yang beraksi 10 pemain seterusnya mara ke pusingan 16 Liga Europa dengan agregat 4-1.

Juventus hanya berjaya seri 1-1 ketika menentang pasukan Perancis di tempat sendiri ketika mereka mengintai peluang untuk kembali ke saingan Eropah dan meningkatkan kembali semangat selepas berdepan detik menyedihkan di mana mereka ditolak 15 mata Serie A kerana kesalahan penyelewengan kewangan.

“Saya gembira dengan persembahan, ia bukan perlawanan yang mudah selepas keputusan perlawanan pertama kerana penonton di sini sangat bersemangat,” kata pengurus Juve, Massimiliano Allegri.



“Hanya kerana kami tersingkir daripada Liga Juara-Juara bukan bermakna mudah untuk memenangi Liga Europa. Ia tidak, tetapi kami mempunyai kewajipan untuk mencuba dan pergi sejauh mungkin seperti yang kami lakukan di Serie A.”

Pemain Argentina, Di Maria meletakkan Juventus di hadapan selepas lima minit dengan rembatan lencong dari tepi kotak ke sudut atas gawang gol.

Malam itu menjadi buruk buat Nantes selepas minit ke-18 apabila pertahanan, Nicolas Pallois dibuang padang apabila cuba menyekat satu lagi cubaan gol daripada Di Maria.

Malam itu menjadi buruk buat Nantes selepas minit ke-18 apabila pertahanan, Nicolas Pallois dibuang padang apabila cuba menyekat satu lagi cubaan gol daripada Di Maria.



Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button