EU beri amaran Malaysia tidak terkecuali alami impak pencerobohan Russia terhadap Ukraine

EU beri amaran Malaysia tidak terkecuali alami impak pencerobohan Russia terhadap Ukraine

EU beri amaran Malaysia tidak terkecuali alami impak pencerobohan Russia terhadap Ukraine
MICHALIS ROKAS

PETALING JAYA: Kesatuan Eropah (EU) memberi peringatan bahawa Malaysia tidak terkecuali merasai impak daripada pencerobohan Russia terhadap Ukraine sejak setahun lalu.

Impak tersebut termasuk menjejaskan ekonomi serantau dan mengganggu sekuriti makanan.

Malah, pencerobohan itu juga dilihat memberi ancaman kepada seluruh warga antarabangsa, bukan sahaja Eropah.

Sehubungan itu, Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas menegaskan, prinsip-prinsip yang perlu dipertimbangkan oleh Malaysia amat penting iaitu dalam hal ehwal negara seperti mana yang sudah dilaksanakan oleh negara-negara anggota EU termasuk sekatan ekonomi.

“Pada zahirnya, perang ini mungkin kelihatan jauh dari Malaysia. Namun, satu perkara yang jelas tentang isu ini ialah kesannya turut dirasakan oleh setiap negara di dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali.

“Oleh itu, kami bersyukur atas sokongan padu Malaysia terhadap resolusi teras Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun-tahun sebelumnya yang mengkritik tindakan Russia yang melanggar prinsip-prinsip asas yang termaktub dalam Piagam PBB,” katanya kepada Utusan Malaysia serta beberapa media terpilih.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kenyataan Rokas itu dikeluarkan secara bersama Duta Austria ke Malaysia; Belgium; Republik Czechia; Croatia; Finland; Perancis, Jerman, Hungary, Ireland, Itali, Belanda, Poland, Sepanyol, Sweden dan Romania.Russia memulakan pencerobohan terhadap Ukraine pada 24 Februari 2022 dan dilaporkan lebih 300,000 tentera serta orang awam di kedua-dua negara terbunuh dalam konflik berkenaan.

Tambah Rokas, impak geo-ekonomi global yang disebabkan oleh pencerobohan tersebut adalah sangat besar.

Jelasnya, gelombangnya berlipat ganda dalam pelbagai aspek iaitu ancaman terhadap keterjaminan makanan, inflasi dan gangguan rantaian bekalan dalam pasaran-pasaran utama.

Katanya, Russia perlu menggalas tanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya yang membahayakan masyarakat global terutamanya kesan terhadap negara-negara yang berisiko tinggi di serata dunia.

“Sejak pencerobohan Russia terhadap Ukraine, EU menggembleng segala usaha untuk mengatasi kesan-kesan negatif ini. EU berbincang bersama pemegang taruh untuk memastikan rantaian bekalan berdaya tahan, menyediakan koridor bergerak untuk eksport dan pengedaran stok bijirin Ukraine, mengekalkan bantuan kemanusiaan dan meningkatkannya ke negara yang terjejas akibat daripada perang Russia.

“Di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), EU terlibat secara aktif dalam menyokong agenda keterjaminan makanan dengan menyokong sekatan eksport yang tidak wajar, memihak kepada peningkatan ketelusan dan menggalakkan perdagangan bebas,” ujar Rokas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mengulas lanjut, Rokas memberitahu, pencerobohan Russia merupakan satu tindakan yang mencabar kedaulatan sesebuah negara dan rakyat yang merdeka.

Menurutnya, ia turut menjejaskan martabat keutuhan wilayah, kedaulatan dan undang-undang antarabangsa.

“Melihat kepada kesengsaraan manusia yang maha dahsyat akibat kekejaman perang ini, pencerobohan Russia terhadap Ukraine harus dikecam sekeras-kerasnya dan disekat oleh masyarakat antarabangsa kerana penetapan duluan yang berbahaya boleh menyebabkan pencabulan undang-undang antarabangsa di rantau negara lain, termasuklah kawasan-kawasan berkepentingan tinggi di Asia,” ujarnya.

Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?

 

EU beri amaran Malaysia tidak terkecuali alami impak pencerobohan Russia terhadap Ukraine

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker