Israel bedil Semenanjung Gaza

Israel bedil Semenanjung Gaza

Israel bedil Semenanjung Gaza

BANDAR GAZA: Israel membedil Semenanjung Gaza selepas pejuang Palestin dilaporkan melancarkan beberapa serangan roket dari kawasan pinggir pantai.

Serangan roket itu dilakukan selepas tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin dan mencederakan puluhan lagi dalam satu serbuan di bandar Nablus, Tebing Barat.



Lapor Al Jazeera, serangan udara oleh Israel pada awal pagi tadi menyebabkan kepulan asap hitam tebal kelihatan di ruang udara salah sebuah lokasi sasaran di utara bandar Gaza.

Beberapa jam sebelum itu, serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza menyebabkan siren amaran berbunyi di bandar Sderot dan Ashkelon.

Setakat ini, tiada laporan mengenai mangsa yang cedera.

Beberapa saksi penduduk Palestin mendakwa mereka melihat sekurang-kurangnya lapan roket dilepaskan.



Namun, tentera Israel pula mendakwa hanya enam serangan roket dilancarkan.

Sementara itu, tentera Israel memaklumkan sistem pertahanan anti-peluru berpandu Israel berjaya memintas lima serangan roket yang dilancarkan.

“Roket yang keenam pula jatuh di kawasan lapang yang tidak berpenghuni,” jelasnya.

Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?



Israel bedil Semenanjung Gaza


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button