Kanak-kanak perempuan 12 tahun rentung rumah terbakar

BALING: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui rentung selepas rumahnya di Kampung Besah, Kuala Ketil di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Mangsa, Nor Batrisha Razali, 12, ditemui di dalam bilik tidur oleh pasukan bomba di tingkat bawah rumah berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.08 pagi.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Kebakaran membabitkan struktur rumah kelas B yang terbakar 90 peratus.

“Hasil pemerhatian Pasukan Kawalan Operasi (PKO) mendapati, kebakaran bermula pada bahagian dalam bilik tidur sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Hamizi berkata, setakat ini kerja-kerja overhoul sedang dilakukan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker