Nasib Noraniza, 3 anak OKU dapat perhatian

Kuala Lumpur: Kesempitan hidup bekas pesakit kanser pangkal rahim,Β Noraniza Abdul Wahab yang menjaga tiga anak yang juga orang kurang upaya (OKU)Β seorang diri mendapat perhatian ramai.

Noraniza, 35, berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan setakat ini sudah menerima sumbangan sebanyak RM2,070 hasil bantuan orang ramai yang disalurkan ke akaunnya.

Menurutnya, lebih membuatnya bersyukur apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut prihatin mengenai permohonan rumah DBKL yang pernah dibuatnya sebelum ini.

“Alhamdullilah, bersyukur sangat apabila ada yang sudi berkongsi rezeki dengan kami dan wang itu akan saya gunakan untuk persediaan persekolahan tiga anak tidak lama lagi serta kos ke hospital.



“Ada pihak daripada DBKL berjumpa saya semalam untuk mengetahui mengenai permohonan rumah yang saya pernah buat sebelum ini kerana mereka periksa maklumat itu tiada dalam sistem,” katanya.

Menurut Noraniza, pihak berkenaan menerangkan proses permohonan rumah DBKL dan dia juga akan mengisi semula borang permohonan itu di pejabat pihak berkaitan petang hari ini.

“Walaupun tidak diberitahu mengenai jaminan akan menduduki rumah itu tetapi saya bersyukur mereka prihatin dengan kami. Tetapi besar harapan saya dapat menduduki rumah itu kerana sewanya murah

“Saya juga sangat berterima kasih kepada semua yang membantu kami dan usaha ini meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.



Baru-baru ini, Harian Metro menyiarkan kisah Noraniza yang menyewa di sebuah flat di Wangsa Maju di sini, yang tidak dapat bekerja kerana terpaksa mengurus tiga anak selepas mereka ditinggalkan suami tanpa khabar berita.

Tiga anaknya iaitu Nur Ainul Mardhiah Zulkarnain, 13, adalah OKU lembam, Ahmad Zikri Hakim, 9, (OKU fizikal) selain mengalami masalah jantung berlubang, lelah serta usus tersumbat dan Nur Anis Shahmina Zulkarnain, 7, pula autisme.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker