Lebih 500 tentera Russia didakwa terbunuh, cedera di Bakhmut

Lebih 500 tentera Russia didakwa terbunuh, cedera di Bakhmut

Lebih 500 tentera Russia didakwa terbunuh, cedera di Bakhmut
TENTERA Ukraine melepaskan tembakan menggunakan meriam Howitzer M777 ke arah kedudukan Russia, berhampiran bandar Bakhmut. – AFP

KYIV: Lebih 500 tentera Russia dipercayai terbunuh atau cedera semasa pertempuran di bandar Bakhmut, timur Ukraine dalam tempoh 24 jam, kata jurucakap tentera Ukraine.

Tentera pro-Moscow berjuang selama berbulan-bulan untuk menawan Bakhmut, di wilayah timur Donbas.

Kedua-dua pihak mengakui mengalami kerugian besar dan angka kematian sebenar sukar untuk disahkan.



Jurucakap tentera bagi pasukan di timur, Serhiy Cherevaty berkata, pasukan Russia melancarkan 16 serangan dalam tempoh 24 jam, dengan 23 pertempuran berlaku di Bakhmut.

“Sepanjang pertempuran itu, seramai 221 musuh terbunuh dan 314 mengalami pelbagai kecederaan,” katanya kepada saluran televisyen tempatan.

Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan Cherevaty merujuk kepada kemalangan jiwa berlaku kelmarin atau dalam tempoh 24 jam lalu.

Terdahulu, seorang pembantu kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, Kyiv memutuskan untuk bertempur di Bakhmut kerana pertempuran itu menghancurkan pasukan tentera terbaik Russia.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sejak insiden pencerobohan Russia di Ukraine bermula pada Februari tahun lalu, puluhan ribu orang terbunuh, berjuta-juta kehilangan tempat tinggal dan banyak bandar di Ukraine musnah.

Sementara itu, Zelensky memaklumkan tiga orang awam terbunuh dalam serangan dilancarkan tentera Russia di bandar Kherson, selatan Ukraine.

Katanya, mangsa terbunuh ketika ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan runcit.

Gabenor wilayah Kherson, Oleksandr Prokudin berkata, tiga orang termasuk seorang wanita warga emas turut cedera dalam tembakan meriam di bandar itu.

Ukraine berjaya menawan semula bandar Kherson pada November tahun lalu setelah hampir lapan bulan dirampas oleh tentera Russia sejurus selepas pencerobohan bermula.

Kawasan itu kini berada di bawah `serangan berterusan’ oleh tentera Russia dari seberang Sungai Dnipro. – REUTERS

Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib

Lebih 500 tentera Russia didakwa terbunuh, cedera di Bakhmut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker