Malaysia kandas awal berpasukan lelaki

Malaysia kandas awal berpasukan lelaki

Malaysia kandas awal berpasukan lelaki
ZII JIA tewas mengejut kepada pemain Korea Selatan di ranking ke-47 dunia pada pusingan pertama berpasukan lelaki Sukan Asia Hangzhou hari ini. – BAM

PETALING JAYA – Malaysia terus kempunan untuk memenangi pingat emas sulung acara berpasukan lelaki dalam sejarah penganjuran Sukan Asia sejak edisi pertama di Jakarta, Indonesia pada 1962.

Lebih malang, percubaan skuad badminton lelaki negara dalam acara berkenaan bagi edisi kali ini di Hangzhou, China berakhir seawal pusingan pertama selepas tewas 1-3 kepada Korea Selatan.

Pada aksi di Gimnasium Binjiang itu, pemain perseorangan lelaki negara di ranking ke-16 dunia, Lee Zii Jia tewas mengejut 14-21, 21-14, 14-21 kepada Jeon Hyeokjin.



Ia adalah kekalahan pertama Zii Jia dalam tiga pertemuan dengan pemain di ranking ke-47 dunia tersebut.

Juara dunia beregu lelaki tahun lalu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengikat kedudukan 1-1 buat Malaysia selepas menewaskan Seo Seungjae-Kang Minhyuk 21-7, 21-19.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO


Bagaimanapun, Korea Selatan kembali mendahului 2-1 selepas Lee Yungju menewaskan perseorangan kedua negara, Ng Tze Yong 21-11, 21-16.

Kekalahan beregu kedua negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dengan keputusan 16-21, 18-21 kepada Kim Wonho-Na Sungseung menamatkan cabaran Malaysia dalam acara itu dan kini mengalihkan fokus mereka kepada saingan individu selepas ini.



Di suku akhir, Korea Selatan akan bertemu pilihan pertama yang juga pemenang perak edisi 2018, Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Malaysia kandas awal berpasukan lelaki

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS sudah berstatus Parti β€œPERASUAH” Β 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker