Taliban tuntut AS pulangkan semula RM15.5 bilion aset Afghanistan

Taliban tuntut AS pulangkan semula RM15.5 bilion aset Afghanistan

Taliban tuntut AS pulangkan semula RM15.5 bilion aset Afghanistan
ANGGOTA keselamatan Taliban berkawal di jalan persimpangan sempadan Torkham antara Afghanistan dan Pakistan di wilayah Nangarhar. – AFP

KABUL: Pihak berkuasa Taliban menggesa Amerika Syarikat (AS) memulangkan semula AS$3.5 bilion (RM15.5 bilion) milik bank pusat Afghanistan.

Tuntutan itu dibuat selepas hakim Mahkamah Persekutuan New York memutuskan keluarga mangsa tragedi serangan 11 September tidak boleh merampas dana berkenaan.

AS mengambil alih aset itu sejurus selepas Taliban kembali menguasai Afghanistan pada tahun 2021.

Malah, Presiden AS, Joe Biden menyatakan dana berkenaan boleh digunakan untuk membayar pampasan kepada keluarga mangsa serangan 9/11.

Sebelum ini, beberapa keluarga yang menang dalam saman difailkan terhadap Taliban atas kehilangan dialami, berusaha merampas dana berkenaan untuk membayar hutang penghakiman.

Namun, Hakim George Daniels dari Daerah Selatan New York memaklumkan Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk merampas dana daripada bank pusat Afghanistan.

“Pemiutang Penghakiman berhak memungut atas penghakiman ingkar mereka dan mangsa serangan terburuk dalam sejarah negara juga berhak mendapat pampasan yang diputuskan, tetapi tidak boleh berbuat demikian dengan dana bank pusat Afghanistan.

“Taliban, bukan bekas Republik Islam Afghanistan atau rakyat Afghanistan perlu membayar liabiliti Taliban dalam serangan 9/11,” jelasnya dalam penghakiman setebal 30 muka surat.

Menurut Daniels, beliau `dihalang secara Perlembagaan’ daripada memberikan aset kepada keluarga mangsa kerana ia bermakna mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan sah di Afghanistan.

Setakat ini, tiada negara termasuk AS mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan yang sah.

Kesimpulannya, Taliban mahupun Pemiutang Penghakiman tidak berhak mengambil tabung negara Afghanistan untuk membayar hutang Taliban,” katanya.

Sementara itu, peguam mewakili keluarga mangsa, Lee Wolosky memaklumkan pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

“Keputusan tersebut melucutkan hak lebih 10,000 anggota komuniti 9/11 untuk mendapatkan pampasan daripada Taliban, kumpulan yang didapati bertanggungjawab melakukan serangan 9/11 ke atas AS,” katanya. – AFP

 

Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?

Taliban tuntut AS pulangkan semula RM15.5 bilion aset Afghanistan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker