Detik cemas pemandu Satria Neo sebelum kereta musnah terbakar

Detik cemas pemandu Satria Neo sebelum kereta musnah terbakar

Detik cemas pemandu Satria Neo sebelum kereta musnah terbakar
Keadaan Proton Satria Neo yang terbakar di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA

KOTA BHARU: “Saya melihat pemandu kereta, dalam keadaan panik bergegas keluar bersama seorang budak lelaki disyaki anaknya dari kenderaan yang mulai terbakar,” kata Siti Fatimah Ismail.

Siti Fatimah, 30, saksi kejadian kereta Proton Satria Neo terbakar di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini kira-kira jam 10 malam tadi, namun lelaki yang memandu dan kanak-kanak berkenaan terselamat.

Kata wanita berkenaan, sebelum kejadian, dia berada di tempat kerja, sebuah kedai makan berhampiran lokasi kejadian sebelum melihat sebuah kereta dipandu agak laju dan kemudian seakan gagal dikawal.

“Saya terdengar pemandunya menekan brek berkali-kali sebelum kereta itu berhenti dan api dilihat mulai keluar dari bahagian bawah kenderaan itu. Dan Saya kemudian melihat pemandunya sempat keluar bersama seorang kanak-kanak lelaki sebelum kereta semakin marak terbakar.

“Saya segera menghubungi balai bomba kerana bimbang kejadian tidak diingini sebelum pihak berkuasa tiba tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Mohd Fakri Mazlan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.05 malam sebelum menghantar sepasukan 10 anggota yang tiba di lokasi kejadian, sembilan minit kemudian.

“Kebakaran membabitkan kereta jenis Proton Satria Neo dengan kemusnahan sebanyak 90 peratus. Api berjaya dipadam sepenuhnya 40 minit kemudian, manakala kedua-dua mangsa juga berjaya diselamatkan,” katanya.

Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

 

Detik cemas pemandu Satria Neo sebelum kereta musnah terbakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker