Gara-gara roti, banduan maut dipukul

Gara-gara roti, banduan maut dipukul

Gara-gara roti, banduan maut dipukul
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit. – Foto fail NSTP

MELAKA: Seorang banduan warga Indonesia maut akibat dipukul rakan sel sendiri selepas terbabit dalam pergaduhan di Kompleks Penjara Melaka, Sungai Udang minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata mangsa lelaki berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka kira-kira jam 6.28 petang semalam selepas tujuh hari menerima rawatan.

Siasatan awal mendapati, pergaduhan antara mangsa dan seorang lagi banduan iaitu suspek berusia 34 tahun disedari warden penjara pada kira-kira jam 2.15 petang 17 Februari lalu di Bilik 48, Tingkat 2, Zon A, Blok Cekal, Kompleks Penjara Sungai Udang.

“Kejadian didakwa berpunca apabila suspek yang baharu selesai sembahyang didatangi mangsa dan dia kemudian bertanya adakah lelaki itu ada mengambil roti miliknya sebelum bertindak memukul mangsa kerana tidak berpuas hati apabila mangsa meninggikan suara dan menafikan hal itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sel berkenaan menempatkan tujuh banduan namun pada waktu kejadian, hanya mangsa dan suspek berada di bilik itu kerana semua banduan lain sedang sedang menjalani aktiviti riadah bebas.

“Mangsa dan suspek adalah rakan sebilik. Mangsa kini sedang menjalani hukuman di bawah Akta Imigresen manakala suspek pula menjalani hukuman selama 13 tahun dibawah Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan,” katanya.

Christopher berkata, mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dibawa ke klinik penjara (RSD) sebelum dihantar ke Hospital Melaka bagi rawatan lanjut.

“Doktor yang merawatnya mengesahkan mangsa mengalami kecederaan pendarahan dalam kepala, benjol di bahagian kiri kepala, luka mata dan telinga kiri.

“Dia kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.28 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best

Gara-gara roti, banduan maut dipukul

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker